Aku melihat suasana peperangan di Palestin, di Iraq dan Afganistan melalui akhbar. Setiap hari, mereka hidup dalam suasana peperangan dan ramai mati dalam misi mempertahankan tanah air. Sekolah, pusat pentadbiran kerajaan, balai polis serta hospital musnah dibom oleh pihak penjajah. Pihak yang menentang penjajah digelar ‘terrorist’ sedangkan mereka adalah pejuang yang mempertahankan tanah air mereka. Kerana gelaran itu, mereka dimusuhi oleh seluruh masyarakat dunia.
Begitulah kekejaman rejim Israel di Palestin. Begitulah juga kekejaman tentera Amerika dan sekutunya di Iraq dan Afganistan. Mereka membunuh bangsa lain seperti menghapuskan lipas-lipas dari tempat kediaman. Kekejaman mereka dilindungi atas dasar demokrasi serta tujuan utama yang tidak terpancar jelas seperti menguasai ekonomi dan sumber.
Aku pun meletakkan diriku sebagai seorang rakyat Amerika. Aku melihat kekejaman ini sebagai jenayah sebuah kerajaan ke atas satu bangsa lain. Aku selami perasaan mereka-mereka yang tertindas. Melihat sahaja adalah tidak memadai melainkan aku melakukan sesuatu untuk menyedarkan masyarakat dunia akan perasaan bangsa-bangsa yang tertindas ini kerana kerakusan sesuatu pihak dalam mencapai matlamat mereka.
Lalu, aku mengarang sebuah cerita peperangan yang aku fikir mampu memberi kesan kepada setiap individu akan keperitan sebuah bangsa yang mengalami penjajahan. Aku mahu tujukan kepada dunia bahawa negaraku sedang menyiksa bangsa lain dalam memenuhi nafsu serakah mereka akan ketamakkan dunia.
Aku mula menulis sedari awal akan tujuan mereka memerangi samada untuk memperoleh bahan galian, melumpuhkan kerajaan atau menyerap unsur-unsur kefahaman songsang agar mereka lemah dan tidak berpegang pada fahaman mereka. Akan aku dedahkan kaedah yang mereka gunakan dalam teknologi perang seperti sebuah senjata pemusnah besar-besaran yang tidak mengenal mangsanya.
Terlintas dalam fikiran aku, jika ini kaedah untuk menyampaikan ketidakpuasan hati aku pada kerajaan yang haloba ini, aku mungkin akan menerima kritikan dari pelbagai pihak. Aku juga mungkin menjadi sasaran bunuh orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan. Lalu, apa caranya mahu aku sampaikan pada dunia agar mereka sedar akan isu ini.

Cerita aku adalah tentang kehidupan satu puak makhluk asing yang hidup mereka terpinggir dari kemajuan teknologi namun kehidupan mereka tenteram. Tempat tinggal mereka begitu harmoni dengan pelbagai hidupan liar yang tidak pernah wujud di persekitaran manusia dan ia sentiasa mengimbangi ekosistem. Juga terdapat sumber alam semulajadi terpenting yang mereka sendiri tidak tahu betapa bernilainya ia. Sumber yang mampu memberi kemewahan dunia kepada pihak lain.



Maka makhluk asing yang masih hidup terus berduka. Mereka kehilangan ibubapa, sahabat-handai, adik beradik dan anak-anak kecil. Di hati mereka dipenuhi dengan dendam. Mereka dikejutkan dengan peperangan yang tidak adil akibat kerakusan manusia dalam memenuhi cita-cita. Perasaan untuk menuntut bela atas pembunuhan beramai-ramai itu semakin membara dan tanah air mereka mesti dipertahankan.

Inilah apa yang aku fikirkan selepas menonton filem Avatar. Aku cuba mengungkap apa yang cuba disampaikan oleh filem ini kepada para penonton. Situasi dunia kini cuba digambarkan melalui watak-watak rekaan. Mungkin filem ini sekadar menyampaikan unsur-unsur hiburan, tapi beruntunglah bagi mereka-mereka yang dapat merungkai mesej-mesej yang terselit di dalamnya.
6 Komen:
ya..aku sangat bersetuju atas ulasan filem kau ni...aku pun, setelah menonton avatar, aku rasakan yang pembuat filem ni sangat genius..biarpun dia mungkin tak ada niat nak menyedarkan sesiapa, tapi aku rasa, intektual2 yang menonton kalaupun tidak semua, pasti ada segelintir yang berfikiran macam kau ngan aku...hehehe..so, lepas ni marilah kita saling menghormati dan berdoa agar kita sentiasa hidup dalam keadaan yang aman tanpa perang...sekian comment aku yg panjang lebar ini...
update blog time keje!!! kene bagitau bernard ni!
Woi macam copy and paste saja dari wikipedia....
Mat nor
oih..tgk avatar 3D. best! jakun aku pakai spek 3D tu..
ko tengok kat mne? tak bnyk tmpat la ada 3D...tmpt takde 3D pn penuh...aku dok tmpt pling depan tu...
blue ray..class. cm nk tengok lagi
Post a Comment