Wednesday, January 6, 2010

Avatar dan Krisis Sebenar Dunia

Aku melihat suasana peperangan di Palestin, di Iraq dan Afganistan melalui akhbar. Setiap hari, mereka hidup dalam suasana peperangan dan ramai mati dalam misi mempertahankan tanah air. Sekolah, pusat pentadbiran kerajaan, balai polis serta hospital musnah dibom oleh pihak penjajah. Pihak yang menentang penjajah digelar ‘terrorist’ sedangkan mereka adalah pejuang yang mempertahankan tanah air mereka. Kerana gelaran itu, mereka dimusuhi oleh seluruh masyarakat dunia.


Begitulah kekejaman rejim Israel di Palestin. Begitulah juga kekejaman tentera Amerika dan sekutunya di Iraq dan Afganistan. Mereka membunuh bangsa lain seperti menghapuskan lipas-lipas dari tempat kediaman. Kekejaman mereka dilindungi atas dasar demokrasi serta tujuan utama yang tidak terpancar jelas seperti menguasai ekonomi dan sumber.

Aku pun meletakkan diriku sebagai seorang rakyat Amerika. Aku melihat kekejaman ini sebagai jenayah sebuah kerajaan ke atas satu bangsa lain. Aku selami perasaan mereka-mereka yang tertindas. Melihat sahaja adalah tidak memadai melainkan aku melakukan sesuatu untuk menyedarkan masyarakat dunia akan perasaan bangsa-bangsa yang tertindas ini kerana kerakusan sesuatu pihak dalam mencapai matlamat mereka.

Lalu, aku mengarang sebuah cerita peperangan yang aku fikir mampu memberi kesan kepada setiap individu akan keperitan sebuah bangsa yang mengalami penjajahan. Aku mahu tujukan kepada dunia bahawa negaraku sedang menyiksa bangsa lain dalam memenuhi nafsu serakah mereka akan ketamakkan dunia.

Aku mula menulis sedari awal akan tujuan mereka memerangi samada untuk memperoleh bahan galian, melumpuhkan kerajaan atau menyerap unsur-unsur kefahaman songsang agar mereka lemah dan tidak berpegang pada fahaman mereka. Akan aku dedahkan kaedah yang mereka gunakan dalam teknologi perang seperti sebuah senjata pemusnah besar-besaran yang tidak mengenal mangsanya.

Terlintas dalam fikiran aku, jika ini kaedah untuk menyampaikan ketidakpuasan hati aku pada kerajaan yang haloba ini, aku mungkin akan menerima kritikan dari pelbagai pihak. Aku juga mungkin menjadi sasaran bunuh orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan. Lalu, apa caranya mahu aku sampaikan pada dunia agar mereka sedar akan isu ini.

Aku pun terfikir untuk mewujudkan satu karektor tersembunyi yang mungkin tidak menyentuh mana-mana pihak. Memadailah jika aku berjaya menyampaikan mesej kepada seluruh manusia.

Cerita aku adalah tentang kehidupan satu puak makhluk asing yang hidup mereka terpinggir dari kemajuan teknologi namun kehidupan mereka tenteram. Tempat tinggal mereka begitu harmoni dengan pelbagai hidupan liar yang tidak pernah wujud di persekitaran manusia dan ia sentiasa mengimbangi ekosistem. Juga terdapat sumber alam semulajadi terpenting yang mereka sendiri tidak tahu betapa bernilainya ia. Sumber yang mampu memberi kemewahan dunia kepada pihak lain.

Manusia sudah lama mengkaji akan kehidupan makhluk ini dan berhasrat untuk menguasai kawasan hidupan makhluk tersebut. Sumber alam semulajadinya mampu membuat manusia yang tamak untuk jadi kaya-raya. Maka dengan itu, mereka menghantar para saintis untuk mengkaji cara kehidupan makhluk ini untuk memahami bagaimana mereka berfikir. Persiapan dari segi ketenteraan juga sudah disediakan untuk digunakan jika persetujuan secara halus tidak mampu digunakan.

Saintis mencipta satu jasad klon berupa makhluk asing tersebut yang mempunyai memori seorang manusia untuk mendekati mereka. Ia sebagai umpan untuk mencapai proses persetujuan perpindahan mereka. Atas dasar kepercayaan, jasad klon ini diterima sebagai sebahagian daripada mereka dan diberi ilmu untuk hidup di alam mereka. Akhirnya jasad tersebut mengkhianati manusia sendiri atas dasar keperihatinan dan ini menjadikan proses pengusiran gagal.

Kerana kegagalan misi tersebut, manusia menggunakan teknologi ketenteraan sebagai langkah akhir untuk menjajah kawasan yang kaya dengan sumber asli itu. Tanpa mempedulikan perasaan makhluk tersebut, para tentera meratakan kawasan tersebut dengan senjata pemusnah hingga mengorbankan banyak nyawa. Banyak nyawa makhluk asing yang tidak mampu melawan teknologi manusia itu mati tanpa sempat menyerang balas. Makhluk asing yang mempertahankan tanah mereka akan dibunuh dengan kejam.

Maka makhluk asing yang masih hidup terus berduka. Mereka kehilangan ibubapa, sahabat-handai, adik beradik dan anak-anak kecil. Di hati mereka dipenuhi dengan dendam. Mereka dikejutkan dengan peperangan yang tidak adil akibat kerakusan manusia dalam memenuhi cita-cita. Perasaan untuk menuntut bela atas pembunuhan beramai-ramai itu semakin membara dan tanah air mereka mesti dipertahankan.

Pasti, dalam mencapai hasrat untuk menebus apa yang manusia lakukan, akan banyak lagi nyawa akan dikorbankan. Manusia menggelarkan mereka-mereka yang memerangi keganasan sebagai pelampau walaupun mereka adalah pejuang tanah air mereka. Jasad klon yang membela keadilan makhluk asing digelar penghianat dan turut diburu. Adakah matlamat itu menghalalkan cara?

Inilah apa yang aku fikirkan selepas menonton filem Avatar. Aku cuba mengungkap apa yang cuba disampaikan oleh filem ini kepada para penonton. Situasi dunia kini cuba digambarkan melalui watak-watak rekaan. Mungkin filem ini sekadar menyampaikan unsur-unsur hiburan, tapi beruntunglah bagi mereka-mereka yang dapat merungkai mesej-mesej yang terselit di dalamnya.

6 Komen:

feeza_nwa said...

ya..aku sangat bersetuju atas ulasan filem kau ni...aku pun, setelah menonton avatar, aku rasakan yang pembuat filem ni sangat genius..biarpun dia mungkin tak ada niat nak menyedarkan sesiapa, tapi aku rasa, intektual2 yang menonton kalaupun tidak semua, pasti ada segelintir yang berfikiran macam kau ngan aku...hehehe..so, lepas ni marilah kita saling menghormati dan berdoa agar kita sentiasa hidup dalam keadaan yang aman tanpa perang...sekian comment aku yg panjang lebar ini...

Anonymous said...

update blog time keje!!! kene bagitau bernard ni!

Anonymous said...

Woi macam copy and paste saja dari wikipedia....

Mat nor

Anonymous said...

oih..tgk avatar 3D. best! jakun aku pakai spek 3D tu..

Alfreedino Ahmad said...

ko tengok kat mne? tak bnyk tmpat la ada 3D...tmpt takde 3D pn penuh...aku dok tmpt pling depan tu...

aku said...

blue ray..class. cm nk tengok lagi