Thursday, January 7, 2010

Si Kucing Hitam (Miow Miow...)

Sedang aku duduk di sofa sambil menonton rancangan kat Astro, kedengaran bunyi kucing mengiau di depan pintu rumah. Sayup je suara kucing tu. Macam suara seekor kucing betina minta dibukakan pintu.

‘Ini takde kerje lain, mesti suara si kucing hitam ni!’ bisik hati aku.

Malas aku nak layan. Kerap sangat dia datang. Kalau betina takpe lah jugak. Ni kucing jantan, buat-buat suara macam kucing betina. Nak suruh aku keluarlah tu. Tak tahu ke aku tengah busy ni. Kalau lapar sangat pun, turun je lah kat restoran bawah tu.

Yang paling aku menyampah, dia datang masa aku tengah tengok game bola. Dah lah masa tu baru separuh masa pertama, Arsenal kena tinggal 0-1 dengan West Ham.

“Miow...miow...” Aduhai, mengiau lagi. Mengganggu tumpuan aku je.

Aku pun dengan malasnya berdiri dari tempat dudukku. Aku dah tak tahan dah. Aku cari penyapu atau batang mop. Nak kena kucing ni!

Hmmm, nasib baiklah aku tak jumpa. Kalau aku jumpa tadi, aku nak buka pintu dan tunjuk kat dia. Aku nak suruh dia masuk, sapu ruang tamu rumah aku yang berdebu tu. Lepas tu nak suruh dia mop sekali.

Sebabkan aku tak jumpa, aku pun menuju terus ke pintu rumah. Aku pun bukalah pintu.

“Walaikumussalam. Ha, apa ke hal? Nak apa?”

“Miow...miow...”

Ish kucing ni, miau lagi. Tak buka pintu miau, sekarang dah buka pun miau. Cakap la benda lain. Tanyalah aku ni dah makan ker belum, sihat ke tak, dah jumpa Hawa ker belum? Dia ingat muka dia macam pelakon kartun Silvester tu aku nak layan sangat? Ish, nak cakap gitu tak sampai hati!

“Kau peminat Arsenal ker bukan? Aku tengah tengok game ni. Kalau nak tumpang tengok game lain, pergi lah rumah orang lain.” Aku merungut.

“Miow...miow...” Kali ni dia menggesel-geselkan badannya kat kaki aku. Dah habis menggesel kat kaki, dia gesel pula kat gril pintu rumah.

“Dah makan belum? Kalau belum, pergi beli makanan dulu. Lepas makan baru datang sini balik.”

Masa tu dia diam sekejap. Mata dia tepat memandang mata aku.

‘Eh, dia kecik hati ker aku cakap cam tu?’ Aku dah mula rasa bersalah.

“Miow...miow...” dia ngiau lagi. Kemudian gesel lagi kat kaki aku.

Kesian kucing tak bertuan ni. Entah kenapa dia kerap sangat datang rumah aku. Dia kucing yang manja, tapi aku rasa dia tak pernah kena belai kot? Mungkin sebab saiz fizikal dia yang besar, orang takut nak belai. Orang lain mungkin ingat dia kucing garang. Sebab warna bulu dia pun hitam, orang takut dia ni kucing sihir. Alah, macam cerita Sabrina the Teenage Witch yang ada kucing hitam boleh cakap tu.

Tapi aku tak salahkan dia sebab warna dia hitam. Ni semua salah emak dia sebab kahwin dengan kucing jantan warna hitam. Kalau emak dia kahwin dengan kucing parsi, tentu tak gini jadinya.

Aku rasalah, cuma beberapa kali je aku pernah bagi makan kat dia. Entah macam mana dia masih kenal kat aku. Kadang-kadang baru je parking motor masa balik dari kerja, dari jauh lagi dia dah nak ikut. Aku saja pusing jauh sikit supaya dia tak ikut. Yang aku terkejut tu, dia boleh kejar aku. Macam mana dia boleh cam muka aku yang pakai helmet tu dari jauh pun aku tak tahu. Aku rasa dia hafal nombor plat motor aku lah!

Ha, kalau korang nak tahu, dia rajin temankan aku pergi kedai. Kalau dia nampak aku turun je dari tangga, dia akan ikut aku. Aku pergi kedai runcit pun dia teman. Bila aku dah nak balik rumah, dia ikut naik tangga sampai tingkat empat tu. Kadang-kadang aku perasan juga yang dia tak larat bila dah sampai tingkat dua sebab kaki dia kecik berbanding kaki aku. Baik dia stay je kat kedai makan kat bawah tu. Banyak lagi makanan yang sedap-sedap. Tapi tak apalah, aku tolong angkat dia sampai tingkat empat.

Hmmm, kalaulah dia tahu aku tulis entry blog kali ni pasal dia, mesti dia bangga sebab dah masuk internet. Dia tak tahu aku tengah kutuk-kutuk pasal dia ni. Aku harap dia boleh baca jawi jer, kalau dia boleh baca rumi, ada kemungkinan dia boleh baca tulisan aku kat blog. Waaa, tapi dia hafal nombor plat aku...!!!

“Miow...miow...”

8 Komen:

Anonymous said...

Bagila nama kat dia. mungkin boleh namakan dia Bobo.

Alfreedino said...

hmmm, Bobo tu nama perempuan...hehehe, aku dah ada 1 idea...nak bagi nama dia Bacary Sagna...

Anonymous said...

Kucing pun mahu pos.....hai susah betul orang tua ni.lain kali 'baik punya' post up leh bro

daripada
syatian azmir(ITD)

Anonymous said...

Janganlah kutuk adam.kesian dia.dia baru nak belajar apa.coool ccccooooollllll bro

Kumar

Azmir (ITD) ori said...

Kumar ... ko kalau nk letak nama aku pun letak betul2 la. BM aku pass tau.

Anonymous said...

walaupun kutuk kutuk, i believe u love the cat, rite? ok what! cute entry! ;)

Anonymous said...

Bacary Sagna...sure by now dah fofulaaar. Memang pun pandai baca JAWI. Now u know hah

HaNa NyoTa uHArA said...

hmm... i love cat.. tapi kalo dia ikut aku ke hulu ke hilir, aku jadi takut..huhuhuhuhuh