Thursday, May 15, 2014

Diorama di Taman Figura Kecil











Sila berkunjung ke page Alam Figura Kecil untuk melihat lebih banyak gambar.

Tuesday, May 13, 2014

Taman Figura Kecil

Sejak lahirnya anak-anak buah aku pada tahun lepas, aku mencipta 3 watak figura mini untuk mendedikasikannya kepada mereka bertiga. Kebetulan juga pada waktu itu aku terjumpa kiosk yang menjual figura mini. Aku lihat figura mini yang terjual itu sangat comel. Aku pun membelinya lalu aku letakkan di atas meja berhadapan dengan desktop aku. Setiap kali melihat figura mini itu, aku akan terkenangkan anak-anak buah aku yang comel-comel.

Selepas itu, aku mula membuat komik pendek berkisarkan kisah aku bersama figura mini mereka bertiga. Aku pernah muat naik komik itu di Facebook lama aku sebelum kena blok. Aku menerima feedback yang baik daripada rakan-rakan dan mereka bertanya jika aku akan membuat siri berikutnya. Namun sehingga kini aku belum meneruskan siri tersebut.
Pada asalnya, aku mahu mewujudkan komik mengenai pengembaraan Ashrani, Aaqyl dan Tiesya. Pada waktu itu, aku memerlukan beberapa karektor figura mini lain sebagai bantuan. Maka aku membeli set Ninja sebagai rakan Tiesya. Kebetulan pula set Ninja Turtles berada di pasaran. Aku membeli kesemuanya sebagai koleksi.

Lama kelamaan, set-set superhero muncul. Superhero pertama yang aku beli adalah set Lego Man of Steel. Ini juga sebagai koleksi. Kemudian aku membeli set lengkap The Avengers. The Hulk merupakan figura mini terakhir dalam watak utama The Avengers dalam koleksi. 

Selain daripada Superhero, aku turut membeli beberapa karektor lain sebagai orang awam. Aku mula berjinak-jinak membeli karektor orang awam melalui lelong.com yang akhirnya menjadikan koleksi ini sebagai hobi. Selain itu aku turut memperolehinya daripada E-Bay dan aku beli sendiri melalui kedai-kedai berdekatan.

Aku mula mengambil gambar-gambar koleksi ini untuk paparan rakan-rakan di Facebook. Aku adaptasi poster-poster sebenar ke dalam bentuk figura mini. Aku turut menjadikan ia sebagai diorama untuk kepuasan fotografi. 

Tidak sampai setahun selepas itu, muncul filem Lego Movie yang berkisar tentang figura mini. Aku juga tidak menyangka idea untuk menjadikan figura mini ini sebagai animasi sudah difikirkan oleh orang-orang barat. Ia berlangsung semasa aku berusaha untuk menjadikan ia realiti.

Dengan kewujudan figura mini adaptasi daripada Lego Movie, maka bertambah lagi koleksiku. Selain itu, aku turut membeli set Lago Back to The Future dan Lone Ranger. Kini aku sedang menanti kemunculan figura mini daripada set The Simpsons dan Ghostbusters. Setakat ini figura kecil aku yang paling mahal adalah figura Butch Cavendish dan Captain Jack Sparrow yang hampir mencecah RM40 setiap satu.
Ya, mungkin aku kelihatan seperti kanak-kanak yang bermain permainan Lego. Tapi aku tidak bermain dengannya. Sekadar menjadikannya koleksi serta mengembangkan kemahiran fotografi aku ke arah permainan kanak-kanak untuk dijadikan diorama serta mewujudkan karektor-karektor dalam komik yang mungkin akan aku teruskan jika berkesempatan. Manalah tahu ada syarikat yang berkenan untuk membuat gambar paparan kotak permainan, aku sudah ada kemahiran melakukannya.

Mungkin ada yang mengatakan aku hidup dalam fantasi. Aku tidak nafikan perkara itu. Mewujudkan animasi kanak-kanak seperti di kaca TV itu adalah orang-orang dewasa. Untuk merealisasikannya, fantasi dan imaginasi itu perlu kuat, dan itu yang sedang aku semaikan ketika ini. Selain itu aku gembira mempunyai koleksi seperti ini.
Sejak memiliki hobi ini, beberapa rakan aku turut berminat untuk mempunyai hobi yang sama. Aku gembira berkongsi hobi ini bersama mereka.

Kini, aku menyimpan semua koleksi figura kecil aku di atas sebuah meja yang aku panggil Taman Figura Kecil. Situasa di tempat itu kini agak sibuk dengan aktiviti mereka. Aku turut membuka sebuah page di Facebook dengan nama page 'Alam Figura Kecil' untuk menyimpan semua koleksi gambar-gambar aku di sana untuk tatapan umum.

Figura kecil ini sentiasa mengingatkan aku tentang anak buah aku serta kanak-kanak lain.