Thursday, January 14, 2010

Pasar Malam LP7

Hmmm, dah lama rasanya tak pergi pasar malam. Last sekali, aku pergi kat Serdang. Jauh tu dari rumah aku. Masa tu pun pergi sebab bawa seorang kawan nak beli selipar dia. Hujan pula tu. Ops..!!! Ni kawan betul-betul tau. Kawan lelaki. Betul ni, tak tipu. Kalau tak percaya, cuba tanya dengan abang yang jual selipar tu.

Memandangkan entry ni nak cerita pasal pasar malam, ada siapa-siapa nak temankan aku?



Ok, pada hari Khamis, 14 Januari 2010 yang lepas, bermulalah pasar malam di kawasan kediaman aku, Lestari Perdana. Hari pertama tau! Dah lama tak pergi pasar malam sejak pasar malam paling dekat kat Puncak Jalil tu tutup. Itu pun yang beritahu pasar malam dah buka kat situ melalui SMS, kawan yang aku temankan beli selipar kat Serdang tu. Alah, yang lelaki tu...!!!

Lepas je sampai rumah dari tempat kerja, aku bawa adik aku pergi jenguk. Manalah tahu ada benda nak beli. Akhirnya, aku balik tanpa beli apa-apa pun sebab adik aku dah beli. Aku anggap apa yang dia beli tu aku punya gak, hehehe. Dia beli 4 kepak ayam dan kacang rebus.



Kiranya, aku datang sekadar nak tengok-tengok dan ambil gambar untuk masukkan dalam blog ni je lah. Tapi, boleh tahanlah pasar malam ni, banyak juga gerai yang buka pada hari pertama. Korang je aku tak jumpa kat sana.

Bagi rakan-rakan yang tinggal di kawasan Bukit Jalil, Puchong, Kinrara, Equine Park, Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Taman Universiti, Seri Kembangan, Putrajaya atau kawasan yang sewaktu dengannya, inilah peluang anda untuk membeli-belah di pasar malam ini. Jika anda berada di Angola atau Ivory Coast, lupakanlah saja niat anda untuk singgah.


Mungkin bagi yang berkeluarga, inilah masanya untuk membeli barang dapur. Bagi yang dah bertunang, inilah masanya untuk beli belanja dapur untuk tunang anda. Ha, bagi yang baru couple-couple tu, bawalah dating kat pasar malam. Eh, ada pula nak dating kat pasar malam? Tapi ok lah tu, tempat awam. Boleh mengeratkan silaturrahim.

Harga makanan memang murah dan apa yang ditawarkan oleh mereka tidaklah begitu tawar dan tak ubah seperti pasar-pasar malam di tempat lain. Apa yang menariknya, kawasan ini tidak sesak untuk berbelanja dan susunan gerai juga lebih teratur. Eceh, macam kena bayar je aku tulis baik-baik kat sini! Lepas ni aku nak suruh diorang buat kain rentang untuk promote blog aku ni di pasar malam tu. Nak suruh diorang tulis, ‘Penaja Bersama: zamanberzaman.blogspot.com’.



Aduhai, penat pula menulis. Ok lah, entry ni saja aku buat untuk membantu usahawan-usahawan kecil yang berniaga di pasar malam tu. Maklumlah baru buka, orang tak tahu sangat. Mungkin ada diantara kita yang balik kerja dan kebetulan melalui kawasan ini, anda bolehlah singgah untuk berbelanja dapur atau pun barang-barang keperluan lain. Jangan malu jangan segan, datanglah beramai-ramai. Khamis malam Jumaat tau! Jangan nakal-nakal...!!!

Ibu-ibu, bapa-bapa, siapa yang punya anak tolong aku kasihani aku...

Jadi datanglah...Jangan datang tak bawa anak. Selamat berpasar malam.

6 Komen:

Anonymous said...

tu la...dulu ade orang nak buat jual mahal...kan dah takde 'orang' nak teman pegi pasar malam...

mrs. wanie said...

psstt!!! adam..aku tempekkan ko punya blog link kat blog aku yer..

Alfreedino Ahmad said...

tempekkan blog link to cmner wanie?

putrapermai.net said...

Hi..jemput laa join komuniti Putra Permai di www.putrapermai.net. Posting berkaitan Pasar Malam LP 7 ini juga ada disana

Alfreedino Ahmad said...

saya dah pindah ke puncak jalil. sy dah tengok2 web site tu...terima kasih

akukapasputih said...

da nk msuk 4 taon duk equine tp x penah taw ade psr mlm kt cni..psr mlm tu area mne ek? x penah nmpk pon.