Wednesday, October 6, 2010

Zaman Pra Sejarah.

Kali ini blog Zaman Berzaman ingin membicarakan berkenaan dengan zaman pra-sejarah. Apa yang kita ketahui tentang zaman-zaman ini?


Aku masih ingat lagi di bangku sekolah dulu semasa mata pelajaran sejarah, kita diajar berkenaan dengan zaman-zaman pra-sejarah atau zaman batu. Kita semua diperkenalkan dengan zaman pra-sejarah di Malaysia yang disebut dengan zaman Paleolitik (zaman batu awal), zaman Mesolitik (zaman batu pertengahan) dan zaman Neolitik (zaman batu akhir) serta diikuti dengan zaman logam.

Apabila membicarakan soal zaman pra-sejarah begini, kita membayangkan manusia-manusia yang berupa seperti mawas dengan muncung mulut ke depan, berbadan sasa dan membongkok, tinggal di dalam gua dan mencari makan dengan memburu di rimba. Manusia berubah beratus-ratus ribu tahun lamanya untuk mencapai sesuatu peringkat hingga mengenal erti teknologi.

Melalui TV pula, kita diperkenalkan dengan dunia purba yang penuh dengan hidupan liar gergasi seperti dinosor. Ada yang memakan daging dan ada pula yang memakan tumbuh-tumbuhan. Saiz mereka tidak terjangkau besarnya.

Kedua-dua zaman purba yang kita ketahui sering mengelirukan. Kadang-kala aku tertanya-tanya, kenapa di dalam buku-buku sejarah tidak tertulis akan pemburuan binatang bersaiz besar seperti dinosor untuk dijadikan bahan makanan atau manusia purba sering hidup terancam kerana Tyronosaurus-Rex? Cerita-cerita dinosor pula jarang sekali mengaitkan dengan kehidupan manusia purba yang hidup di keliling mereka. Yang menambah kekeliruan aku, mengapa di Tanah air Malaysia atau nusantara ini, tidak pernah kita menemukan tulang-tulang dinosor seperti di negara-negara barat? Adakah dinosor ini hanyalah cerita dongengan rakyat di negara-negara barat? Jika wujud, pada zaman purba yang mana ia pernah muncul? Paleolitik, Mesolitik atau Neolitik? Jika komet yang besar menghempap bumi dan memusnahkan dinosor-dinosor tersebut, kenapa manusia-manusia yang kerdil berbanding dinosor tersebut masih wujud hingga waktu ini? Tidak pula turut menjadi korban mangsa komet?

Mungkin ada yang cuba mengatakan bahawa dinosor ini wujud pada zaman sebelum kelahiran manusia, tak mengapa. Aku lebih berminat untuk membawa perbincangan ini berkaitan dengan kehidupan manusia purba berbanding haiwan yang dikatakan pupus itu. Diceritakan bahawa konon-kononnya kelahiran yang kita lihat pada hari ini bermula dengan organisma-organisma kecil yang berevolusi hingga membentuk diri kita sekarang. Adakah lipas yang dipercayai wujud pada hari ini sebagai tinggalan dinosor itu wujud terlebih dahulu daripada kelahiran manusia? Memang sejarah sungguh mengelirukan. Alangkah bernasib baiknya aku kerana kredit mata pelajaran sejarah.

Aku terfikir lagi bahawa Nabi Adam A.S merupakan manusia pertama yang wujud di muka bumi ini. Kemudian wujudnya kaum-kaum Nabi Hud A.S dan Nuh A.S. Diceritakan pula mengenai nabi-nabi yang lain yang mampu hidup beribu-ribu tahun serta cerita-cerita Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Yusoff A.S, Nabi Sulaiman A.S serta nabi-nabi seterusnya hinggalah Nabi Muhammad S.A.W. Persoalannya, di mana sejarah meletakkan zaman kehidupan bagi para nabi tersebut? Masihkah mereka tinggal di gua-gua dan memburu binatang?

Di sini aku mulai meragui sejarah purba akan kehidupan manusia. Aku yakin bahawa menusia purba itu sebenarnya tidak wujud seperti yang diceritakan ahli-ahli sejarah. Aku juga meyakini bahawa sejak kelahiran Nabi Adam A.S lagi, manusia sudah mula berbahasa, berkata-kata dan mempunyai kemampuan berfikir seperti kita.

Bateri purba, artifak purba berteknologi di zaman Babylon.

Yang menguatkan keyakinan aku akan hal ini adalah tinggalan-tinggalan sejarah seperti bangunan-bangunan serta artifak-artifak yang baru ditemui menunjukkan adanya unsur katamadunan manusia sejak beratus-ribu tahun dahulu. Nabi Nuh A.S contohnya sudah pandai membuat bahtera yang luas. Tidak ada dikaitkan akan kehadiran dinosor dalam salah satu haiwan yang memasuki bahtera besar tersebut. Di zaman Nabi Musa A.S, piramid-piramid dan bangunan-bangunan besar lain sudah dibina dengan sistem kejuruteraan. Mereka tidak tinggal di rimba atau dalam gua, malah mereka mempunyai pakaian dan hiasan mereka sendiri.

Di zaman nabi Ibrahim, kita diceritakan mengenai haiwan yang dipanggil kibas atau kambing. Tidak pula kambing turut berevolusi seperti cerita-cerita ahli sejarah berkenaan dengan zaman purba. Tidak pula Nabi Ibrahim menyembelih Brachiosaurus (sejenis dinosor pemakan tumbuhan) yang kononnya wujud di zaman purba?



Jadi siapa manusia purba yang diwar-warkan oleh ahli kaji purba ini? Yang hidup di gua-gua atau hutan rimba. Pada pendapat aku, pada zaman tamadun yang dicipta oleh kaum-kaun pada zaman para nabi, ada manusia-manusia yang masih ketinggalan dari arus ketamadunan. Mereka hidup berpindah-randah dan mengekalkan cara hidup orang di dalam hutan. Manusia-manusia begini mati dan puak-puak mereka mungkin meninggalkan kawasan lama untuk mencari penghidupan baru yang mungkin disebabkan oleh ancaman tertentu atau mencari sumber-sumber penghidupan yang baru. Mungkin tinggalan hidup mereka yang lama itulah yang dikaji oleh ahli kaji purba. Sama seperti hari ini, di Arizona masih ada puak-puak primitif yang ketinggalan dari arus kemodenan. Begitu juga di Papua New Guinie atau beberapa bahagian di Indonesia, Afrika dan Australia. Puak-puak beginilah yang hidup di dalam gua dan hutan riba di saat kaum-kaum yang hidup pada zaman para nabi membina piramid dan bahtera besar. Walaupun mereka wujud, kehidupan mereka yang cuma minoriti ini tidak menggambarkan fakta sebenar akan sejarah manusia purba dan wajah mereka bukanlah seumpama mawas yang diperbesar-besarkan oleh Chares Darwin.

Mari kita fikirkan sejenak, adakah benar sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari di bangku sekolah? Adakah fakta-fakta yang digambarkan oleh National Geography itu suatu kebenaran? Adakah Allah menghantar Nabi Adam A.S ke muka dunia ini sebagai khalifah dalam keadaan sehina itu sebagaimana yang digambarkan oleh masyarakat eropah?

Renung-renungkan, selamat beramal.

1 Komen:

matz said...

pendapat aku la..

sebelum turunnya adam a.s... allah pupuskan dulu binatang / dinosor..teori meteorit, gunung berapi besar.. aku rasa ada betulnya mengakibatkan kepupusan dinosor..

yang tinggal hanyalah haiwan haiwan yang bersesuaian dengan manusia atas muka bumi ini..

ingat.. allah maha kaya..