Monday, February 8, 2010

ITD Lunch Gathering for CNY


9 February 2009, bertempat di kantin IRIS pada pukul 12.00 tengah hari, ITD telah mengadakan jamuan makan tengah hari bersempena menyambut ketibaan hari Perayaan tahun Baru Cina yang bakal menjelma pada hujung minggu ini.

Awal pagi lagi semasa aku buka email, aku dapat pesanan dari Kak Ani. Bermula pukul 10.00 pagi, aku dan Ayoi membantu dalam mengatur susunan meja. Mat Nor yang agak sibuk pada pagi itu juga datang membantu dalam mengatur kerusi bersama Zery.


Hidangan tengah hari itu disediakan oleh pihak kantin. Antara hidangan yang siap terhidang sebelum kami menjamu selera adalah Rendang Ayam, masakan tauhu bersama cendawan serta sayuran campur kegemaran aku. Wah, 2 jenis sayuran tersebut telah membuka selera aku sejak awal lagi. Tak sabar nak makan ni! Ada juga 'fish ball' dan 'fish cake' di hidangkan di dalam tray berasingan.



Selain itu, 2 jenis kek juga disediakan dengan satu kek berperisa coklat, dan satu lagi adalah campuran kek teh hijau dan kacang merah. Hmmm, kek ni sangat sedap. Buah-buahan campur juga disediakan sebagai pencuci mulut dan buah limau sebagai saguhati kepada semua staf ITD yang juga merupakan buah kebanggaan kepada perayaan Tahun Baru Cina.


Abu, Zery dan Matnor merupakan staf ITD yang mula-mula sekali mengambil makanan dan membuka majlis. Memang kebulur budak ni! Kemudian diikuti dengan rakan-rakan lain yang menjadikan perasaan lapar aku terus bergelora. Aku masih menahan lapar aku dengan bauan sedap makanan-makanan yang terhidang. Sementara menunggu, aku sibuk mengambil gambar suasana majlis untuk dijadikan entry pada kali ni.


Walaupun makan tengahari begini jarang-jarang diadakan oleh staf ITD, setiap kali ia diadakan, keadaannya pasti meriah. Mungkin kerana di ITD, hubungan kami semua cukup erat dan semuanya cukup spoting. Jika anda adalah sebahagian daripada komuniti ini, pasti anda dapat rasakan di sinilah gambaran Satu Malaysia.



Kepada semua rakan-rakan IRIS yang menyambut Tahun Baru Cina, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari besar ini dengan meriahnya. Terutama kepada staf ITD, aku berharap jika anda kembali ke kampung halaman masing-masing nanti untuk merayakan hari besar ini, pandulah dengan cermat dan kembalilah dengan selamat.

To:
BL Lai
David
Jayce Loke
John Tai
Kenny
Kent Chong
Loo
Mervin Lee
Sheena Tan
Shih Mun
Shirley
Pooi Lim

Aku tidak mahu rindukan saat-saat begini, aku mahu terus mengalaminya bersama anda semua.


2 Komen:

Mrs Wanie said...

rindunya zaman masa kat ITD..

Dyea said...

hauaaaaaaaa...lapo gak....