Baru-baru ini, aku dan 3 orang rakan aku berjalan ke Damansara. Arah tujuan kami adalah ke tempat perabot terbesar IKEA. Kalau tak silap aku, ini merupakan kali ke tiga aku sampai ke tempat ini.
Damansara merupakan tempat elit. Di Damansara ini terletaknya Sri Pentas yang mana adanya gabungan stesen penyiaran Media Prima. Di sini juga terdapatnya pusat mebeli-belah mega, The Curve. Selain itu, anda berpeluang melihat kediaman-kediaman mewah dengan rekabentuk idaman. Jika bertuah, anda berpeluang melihat para selebriti di sini.
Sebelum sampai ke kawasan perabot, kami melalui kawasan membeli-belah yang banyak di situ. Pelbagai aras kami naiki. Dari sebuah kedai sukan, ke kedai eletrik, kemudian kami melawat tempat menjual haiwan serta kedai serbaneka.
Sampai ke bahagian IKEA, perkara pertama kali lakukan adalah duduk di sofa hiasan. Aku seperti biasa, merakam aksi kami semua untuk dijadikan kenangan. Ada sesetengah bahagian yang mengumpulkan pelbagai set sofa serta tempat duduk. Harganya memang tidak masuk akal jika di lihat pada kemampuan rata-rata rakyat Malaysia. Tapi tidak dinafikan, rekabentuknya menarik. Dari segi kualiti, hanya yang pernah membelinya tahu.
Ada pula bahagian yang terus menyediakan dekorasi penuh seumpama ruang tamu dan bilik. Perabot dihias penuh untuk gambaran sebuah ruang di dalam rumah beserta dengan hiasannya sekali. Jika betul sudutnya, anda berpeluang mengambil gambar seperti berada di dalam ruang dapur rumah mewah, atau berada di dalam bilik tidur indah, atau pun berada di dalam ruang tamu moden. Aku dan rakan-rakan sempat berlakon seperti berada di rumah sendiri.
Bagai bersantai di ruang tamu rumah sendiri. |
Ala-ala Master Chef |
Bagi aku, tempat ini bukan sebuah kedai yang sesuai untuk membeli-belah perabot rumah bagi golongan sederhana. Mungkin ia hanya sesuai untuk dijadikan harta bagi golongan-golongan elit, sesuai dengan lokasi bangunan ini terletak. Mungkin mengunjungi tempat ini hanya sesuai bagi mereka-mereka yang ingin mencari inspirasi rekabentuk dalaman dan mengambil contoh padanan sebagaimana yang telah disediakan oleh pihak empunya kedai. Memang menarik, tidak aku nafikan.
Seperti menonton bolasepak di Stadium ASTRO |
Bertapa |
Aku tidak tahu kenapa aku agak tenang dalam menghadapi situasi sedemikian. Mungkinkah sepatutnya aku gelabah? Bukankah masyarakat moden pada hari ini sukar untuk hidup andai ketiadaan telefon bimbit? Adakah kerana hari untuk gaji masuk sudah hampir dekat menyebabkan aku yakin boleh mendapatkan semula yang baru? Entahlah apa yang bermain dalam minda aku sehingga aku tidak merasakan ia sesuatu yang mengejutkan. Begitu mudah aku pasrah. Mungkin kerana tiada siapa yang kerap di hubungi dan tiada apa-apa yang mencemaskan aku. Hanya sesekali terlintas dalam fikiran aku tentang kecemasan.
Telefon bimbit Samsung Omnia Pro yang hilang itu merupakan telefon bimbit terpakai yang aku beli daripada rakan serumah aku selepas telefon bimbit sebelumnya rosak selepas kemalangan. Ia aku beli dalam keadaan tergesa-gesa. Pada waktu itu memang agak gelabah juga. Ya, pada waktu itu aku sangat kerap menggunakan telefon samada untuk SMS atau pun membuat panggilan. Hari ia rosak, hari itu juga berganti. Namun kali ini, aku boleh menunggu hingga beberapa hari sebelum memperoleh yang baru.
Kini, aku sedang mengira-ngira apa telefon bimbit yang hendak aku dapatkan nanti. Yang terlintas dalam fikiran aku hanyalah Samsung Galaxy. Memang sudah lama menyimpa rasa untuk mendapatkan model tersebut. Jika aku perlu untuk menyimpan wang simpanan yang lebih banyak, berkuburlah hasrat itu. Akan ku cari telefon bimbit terpakai lah lagi.
Mungkin di sini tempat hilangnya telefon bombit itu. |
Hmmm, tengok lah nanti apa yang bakal aku gunakan. Belum muktamad lagi keputusan aku. Ya insyaAllah, semoga ada hikmahnya semua ini terjadi. Mungkin aku sedang dalam proses belajar menerima qada' dan qadar-Nya.
Sesampai ke hadapan pagar rumah, seorang rakan aku turut menyedari bahawa dia turut kehilangan barang yang baru dibeli. Huh, malang sungguh nasib hari ni. Bukan aku seorang sahaja, tapi rakan aku turut kehilangan beberapa barang yang baru dibeli. Kami yakin ia akibat kelalaian kami sendiri. Ada pengajaran yang kami perolehi.
Padan muka aku...
Sesampai ke hadapan pagar rumah, seorang rakan aku turut menyedari bahawa dia turut kehilangan barang yang baru dibeli. Huh, malang sungguh nasib hari ni. Bukan aku seorang sahaja, tapi rakan aku turut kehilangan beberapa barang yang baru dibeli. Kami yakin ia akibat kelalaian kami sendiri. Ada pengajaran yang kami perolehi.
Padan muka aku...
Barang rakan aku tertinggal di sini. |
0 Komen:
Post a Comment