Ada orang berdakwah melalui perwatakkan
- Mereka menjaga adab, ucapan, nasihat serta aurat agar
mampu menjadi contoh yang baik kepada orang lain.
Ada orang berdakwah melalui tulisan
- Mereka menulis pelbagai rencana keagamaan sebagai bahan
bacaan samada melalui buku, akhbar, blog atau website.
Ada orang berdakwah melalui gambar
- Gambar mereka memberi keinsafan dan peringatan kepada
orang lain tentang kemuliaan beragama.
Ada orang berdakwah melalui lukisan
- Mereka melukis kartun yang comel sebagai tarikan dan
menyelitkan nilai-nilai akhlak mahmudah.
Ada orang berdakwah melalui video
- Mereka memuat-naik video berunsur keagamaan untuk di
jadikan pedoman kepada orang lain.
Ada orang berdakwah secara berkelompok
- Macam orang-orang tabligh buat. Bergerak dari rumah ke
rumah untuk mengajak masyarakat ke arah kebaikan.
Ada orang berdakwah dengan bacaan Al-Quran
- Dengan alunan mereka yang indah serta bacaan tajwid yang
betul. Ia mengingatkan kita selalu akan firman-firman Allah.
Ada orang berdakwah melalui nyanyian
- Mereka sampaikan lagu berbentuk zikir, nasihat dan puji-
pujian pada Maha Terpuji serta Rasulullah.
Ada orang berdakwah dengan jenaka spontan
- Mereka menyelitkan unsur-unsur humor dengan cara paling
mudah agar orang lain memahami agama.
Ada orang berdakwah melalui ceramah
- Mereka menyampaikan fakta, bahas dan dalil untuk
mengaitkan amalan harian kita dengan agama.
Ada orang berdakwah melalui politik
- Mereka menjadikannya landasan untuk membawa agama itu
ke dalam sistem kepimpinan dan kehidupan masyarakat.
Ada orang berdakwah macam kita
- Kita ni berdakwah melalui ‘MukaBuku’. Kita share perkara
dakwah yang orang lain post. Kita share ayat Al-Quran
untuk memberi peringatan. Kita share video-video berunsur
keagamaan dari YouTube untuk pedoman orang lain.
Kadang-kadang, melalui ‘MukaBuku’ pun kita berdoa sedang-
kan kita tahu ‘MukaBuku’ bukan perantaraan doa kita kepada
Allah.
Walau apa pun cara penyampaian dakwah itu, kita semua mempunyai matlamat yang sama iaitu
mengajak orang lain untuk membuat kebaikan. Jika cara kita salah, marilah kita sama-sama
betulkan. Jika cara kita tidak menimbulkan fitnah, maka marilah kita sama-sama teruskan.
Ingat pesan Ustaz Azhar Idrus!
“Nak ajak org buat baik tak semestinya pakai kopiah, serban, jubah atau serba putih.”
Ya, kita semua mahu berdakwah untuk manfaat yang berkat.
Kita semua mahu saham akhirat. Teruslah berdakwah dan jangan sesekali berputus asa.
Kerana syaitan itu tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia.
0 Komen:
Post a Comment