Friday, March 12, 2010

Diari Eco-Challenge Part 4: Jungle Trekking

6:00am - Selamat pagi Rimba


Alarm handphone aku berbunyi dengan lagu 'Lenka - The Show'. Yeah, its time to start our show! Di sebelah aku Emirul masih lagi lena. Dengan rasa ngantuk dan berat kepala, aku paksa mata aku untuk berjaga. Aku keluar dari khemah dan memandang khemah di sebelah aku milik Reyazd dan Faizul. Faizul nampaknya bangun lebih awal dari aku, tapi orangnya tidak kelihatan. Cuma sekujur tubuh Reyazd masih berada di khemah dalam keadaan jaga.

Aku masuk ke dalam untuk mengambil barangan keperluan mandi. Reyazd turut bersama denganku untuk menuju ke bilik mandi. Untuk pengetahuan semua, bilik mandi lelaki dan perempuan berada bersebelahan sahaja tetapi pintu masuk keduanya dipisahkan jauh. Dari bilik air lelaki, terdengar suara peserta-peserta wanita berbual.

"Diorang ni mandi beramai-ramai ke Reyazd?" tanya aku dari bilik mandi bersebelahan Reyazd.

"Entahlah," jawab Reyazd.

Aku tak peduli, aku teruskan mandi air yang agak sejuk di situ.

Selesai mandi, peserta menyempurnakan solat Subuh masing-masing. Selepas itu, ada yang mula menjerang air panas, menyiapkan roti sandwich dan ada yang membancur air teh. Tak sangka pula sebenarnya sarapan pagi ada disediakan pada pagi itu. Kami berkumpul beramai-ramai untuk menikmati makan pagi sambil bergurau-senda sebelum aktiviti terakhir kami.

Pada pagi ahad itu, semua kelihatan siap berpakaian trek panjang. Maklumlah, dengar khabar lintah mungkin datang dari bawah, dari sisi daun-daun yang kita hinggapi mahupun dari atas. Oh, aku kena menutup kepalaku!


1 Komen:

Anonymous said...

Bang, entry ni taknak habiskan ke?