Friday, March 30, 2012

Kenapa harus saya berkahwin dengan lelaki kaya

Seorang gadis muda dan menawan telah menghantar kenyataan ini dalam sebuah forum popular:

Tajuk: Kenapa harus saya berkahwin dengan lelaki kaya?

Saya akan berlaku jujur terhadap apa yang akan saya katakan di sini.

Saya berumur 25 tahun pada tahun ini. Saya mempunyai rupa paras yang menawan, bergaya dan bercitarasa. Saya berharap agar dapat berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai gaji tahunan sebanyak $500k atau ke atas.

Mungkin anda akan katakan bahawa saya seorang yang tamak, namun gaji tahunan sebanyak $1M hanyalah bertaraf sederhana di New York.

Apa yang saya nyatakan di atas tidaklah begitu tinggi. Adakah sesiapa di dalam forum ini yang mempunyai gaji tahunan sebanyak $500k? Adakah anda semua telah berkahwin?

Saya mahu bertanya: kenapa patut saya berkahwin dengan lelaki kaya seperti anda?

Dikalangan lelaki yang telah keluar bersama saya, yang paling kaya di antara mereka mempunyai pendapatan sebanyak $250k, dan ia kelihatan seperti ia telah mencecah had keperluan saya.

Jika seseorang mahu berpindah ke kawasan kediaman berkos tinggi di barat New York City Garden, pendapatan tahunan sebanyak $250 adalah tidak mencukupi.

Dengan rasa rendah hati, saya ingin menanyakan beberapa buah soalan:

1) Di manakah tempat lelaki bujang kaya sering berada? Sila nyatakan nama dan alamat bar, restoran, gym)

2) Dalam kalangan umur berapa yang perlu saya sasarkan?

3) Kenapa isteri-isteri orang kaya itu hanya mempunyai paras yang sederhana? Saya telah melihat beberapa wanita yang tidak memiliki paras wajah yang menarik, tetapi mampu mengahwini lelak-lelaki kaya.

4) Bagaimana anda membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi isteri anda, dan siapa yang hanya menjadi sekadar teman wanita? (sasaran saya sekarang adalah untuk berkahwin)

Si Gadis Cantik

============================================================

Jawapan berfalsafah daripada seorang CEO, J.P. Morgan:

Kepada Si Gadis Cantik,

Saya telah membaca pos anda dengan penuh minat. Saya dapat menduga bahawa ada ramai lagi gadis di luar sana yang mempunyai persoalan yang sama seperti anda. Izinkan saya untuk menganalisa situasi anda sebagai seorang yang profesional dalam perniagaan.

Gaji tahunan saya adalah melebihi $500k, yang mana memenuhi keperluan anda, jadi saya berharap semua percaya bahawa saya tidak hanya membuang masa di sini.

Daripada kacamata seorang ahli perniagaan, adalah sesuatu keputusan yang salah seandainya mengahwini anda. Jawapannya amat mudah, jadi biarkan saya terus menerangkannya.

Kita teruskan kepada butirannya, apa yang sebenarnya cuba anda lakukan adalah menukarkan sebuah "kecantikan" dengan "wang": Orang A menyediakan kecantikan, dan Orang B membayar harganya, ya adil di situ.

Bagaimanapun, ada kekangan yang menjadikan ia masalah besar di sini. Kecantikan yang anda miliki akan pudar, namun wang saya tidak akan hilang begitu sahaja tanpa sebarang sebab yang munasabah. Secara faktanya, pendapatan saya akan meningkat dari tahun ke tahun, namun kecantikan anda tidak mampu terus berpanjangan dari tahun ke tahun.

Dari segi pandangan ekonomi pula, saya merupakan sebuah aset yang tidak ternilai, manakala anda pula merupakan aset yang susut nilai. Bukan sekadar susut nilai biasa, tetapi susut nilai yang berkadaran terus. Seandainya hanya itu satu-satunya aset anda, nilai anda akan menjadi lebih teruk selepas 10 tahun akan datang.

Sebagaimana terma yang kami gunakan di Wall Street, setiap dagangan ada kedudukannya, keluar bersama anda juga merupakan sebuah "kedudukan dagangan".

Jika nilai dagangan jatuh, kami masih terus menjualnya dan ianya bukanlah idea yang bijak untuk terus menyimpannya untuk jangka masa panjang - sama seperti perkahwinan yang anda harapkan. Ia agak keterlaluan untuk menyatakan sebegini, namun untuk memastikan keputusan yang diambil itu betul, sebarang aset yang mempunyai susut nilai yang besar akan dijual atau "dipajakkan".

Sesiapan pun yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi $500k bukanlah golongan yang bodoh; kami hanya akan keluar bersama anda, tetapi tidak akan mengahwini anda. Saya hanya mampu menasihatkan anda agar tidak terus mencari lelaki kaya untuk dikahwini. Selain itu, adalah lebih baik jika anda menjadikan diri anda seorang yang kaya dengan pendapatan tahunan sebanyak $500k. Ia adalah peluang yang lebih baik berbanding mencari lelaki kaya.

Saya harap jawapan ini membantu.

Ditandatangani,

J.P. Morgan, CEO

0 Komen: