Tuesday, February 16, 2010

Jom Jimat...!!!

Di bawah rumah aku, ada sebuah dobi. Jika balik kerja je, mesti ternampak dobi tu. Bukan sebab ada awek cun jaga kedai dobi tu, tapi mengingatkan aku akan beberapa pakaian yang awek cun tu tak basuh lagi. Ada T-Shirt, seluar jeans, kain sarung, baju melayu, seluar panjang, seluar kecik dan beberapa pakaian lain lagi (seluar kecik pun nak hantar dobi ker?). Ingat bila dah naik rumah nanti, aku nak kumpul semua pakaian tu dan hantar ke dobi tersebut.

Sampai di rumah, aku berfikir semula, ‘Nak hantar ke tak nak?’ Minggu pertama dapat gaji dulu, aku dah belanja untuk beli sabun basuh dan pelembut fabrik. Kalau aku nak hantar dobi je, buat apa aku beli semua tu? Akhirnya setelah mempertimbangkan beberapa perkara, aku buat keputusan untuk basuh sendiri. Kolar baju pun kita boleh basuh bersih. Wah, jimat duit aku walaupun basuh kat dobi tu takkan mencecah RM5. Hehehe, boleh tengok wayang lepas ni dan beli Samsung Jet!

Sebelum gaji bulan Februari masuk, aku dah bercadang untuk membeli sebuah jam tangan Casio. Masa tu aku nampak kat Jusco Equene dalam harga RM1099. Siap ada diskaun 10%. Memang siaplah lepas ni, aku dah berimaginasi untuk menyarungkan ke lengan aku.

Masuk gaji bulan Februari dan tanpa berlengah lagi, aku terus pergi Jusco Equene. Aku tengok diskaun jam tersebut dah jadi 20%. Ini sudah menarik! Beberapa kali aku mundar-mandir jikalau ada jam lain yang lebih menarik. Ternyata, memang ada yang lebih menarik dengan perbezaan harga lebih RM300. Aku masih tetap dengan pilihan aku.

Di tangan aku, aku lihat masih lagi ada jam tangan lama. Hampir 5 tahun ia berkhidmat untuk aku tanpa mengundang masalah. Walaupun harganya cuma separuh dari harga jam yang tadi, perkhidmatannya tip-top. Jangan kata tali, baterinya pun belum pernah lagi berganti. Ia jugalah saksi kemalangan motosikal aku pada 2 tahun lepas. Ada sedikit calar di permukaannya akibat kemalangan itu.

‘Aku masih sayang padamu,’ kataku dalam hati. Aku terus beredar dari bahagian jam tersebut dan takkan menoleh lagi. Walau agak klasik, jam inilah yang mengekalkan identiti aku selama 5 tahun.

Sebelum masuk tahun baru 2010, aku bercadang untuk membeli Jet. Bukan jet pesawat ringan tu untuk pergi kerja, mahupun jet kawalan jauh yang akhirnya akan terhempas ke tanah. Tapi sebuah telefon bimbit Samsung yang mempunyai ciri-ciri touch screen. Maklumlah, sebagai peminat Samsung, aku akan gantikan handset lama aku yang sering padam sendiri akibat bateri longgar dengan Samsung juga. Aku ikuti perkembangannya sejak harganya mencecah RM2000 lagi hingga sekarang yang cuma tinggal RM1650.

Selepas mengalami masalah dengan handset lama, aku beli handset dari Kumar. Alah, yang dapat free dari Maxis tu! Motorola W866. Konon-kononnya sementara sahaja sampai dapat beli Samsung Jet. Selepas mendapati ciri-ciri W866 ini pun dah menepati ciri-ciri yang aku mahukan sebagai sebuah handfon, aku bercadang untuk menangguhkan cita-cita aku untuk terbang bersama Jet. Bukan tak jadi, cuma tangguh dahulu hingga suatu waktu yang ditetapkan. Maklumlah, idaman tu!

Sebelum Tahun Baru Cina, aku pergi ke Giant Kinrara. Di sana terdapat sebuah kedai instrument. Beberapa kali aku ke sana, tak pernah nak singgah kedai tersebut. Sejak masuk gaji, aku mula berjinak-jinak masuk dan bertanya harga barang-barang tertentu. Yang menarik perhatian aku adalah sebuah gitar akustik yang digantung di dinding. Gitar akustik bertong besar itu merupakan idaman aku sejak sekian lama. Harganya di bawah RM300. ‘Wow, ini mampu ni!’ Aku mula berfikir untuk datang sekali lagi selepas ini dan bawa balik gitar tersebut ke rumah. Eeee, tak sabarlah aku!

Selang beberapa hari lepas tu, aku datang sekali lagi. Bukan untuk membeli gitar, tetapi kali ini aku datang untuk membeli pick guitar. Masih belum membuat keputusan mengenai gitar tu. Aku beli 2 pick gitar. Semasa membeli, aku ternampak ada string gitar di jual. Aku turut bertanya jika mereka ada menjual gitar Tuner. Pekerja itu menunjukkan aku sebuah alat eletronik untuk tune gitar. Memang menarik. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk hanya membeli string gitar baru dan alat eletronik tersebut. Gitar, tak mahu lagilah. Buat apa banyak-banyak gitar kat rumah! Yang menggembirakan lagi, setiap item yang aku beli kat kedai tersebut mendapat diskaun. Maka dengan ini, aku tidak membeli dengan harga display. Jimatnyer....

Biasanya, setiap bulan aku akan pergi menonton wayang. Baru je cadang nak tengok cerita Avatar untuk kali kedua, tak pun cerita-cerita lain yang baru. Tak kisahlah cerita apa-apa pun, asalkan dapat tengok wayang. Memandangkan, tidak banyak cerita menarik, aku batalkan cadangan tersebut. Cerita Avatar pun dah tengok sebelum ni, kalau tak tengok sekali lagi pun tak rasa rugi mana. Sahabat baik aku, Azhar pun tengah sibuk dengan projek dia di JPM dan dalam planning nak pindah rumah. Jadi secara tak langsung aku pun tak ada kawan nak keluar. Bolehlah aku rehatkan diri sambil meng’update’ Zaman Berzaman ni.

Pada siang hari masa bekerja pun, tak banyak duit yang hendak dikeluarkan. IRIS dah naikkan subsidi dan inilah peluang untuk makan tengahari di IRIS. Makanan kat kantin pun bukannya teruk sangat, halal pula tu. Memang banyak orang mengadu tentang beberapa perkara yang tak kena seperti harga, tapi subsidi kita ni dah boleh cover dah harga tu. Bukan sahaja makanan, malah minuman pun boleh masukkan sekali dalam subsidi. Mewah sebenarnya kita di IRIS ni. Sekarang ni, nak keluar pun rasa tak berbaloi dengan penat. Makan di luar dah lebih kurang harga dengan makan kat kantin, penat berjalan menunggu van pula tu nak hantar ke tempat parking. Balik pula nak kena tunggu van lagi dengan suasana panas yang tak menentu di luar tu. Rasa macam menyusahkan kawan-kawan yang bawa kereta pun ada. Sampai dah masa kita ni kata ‘Yes’ pada makan kat IRIS. Seronok apa makan di kantin sambil gosip-gosip. Hehehe...

Sebenarnya, kita ni perlu pandai mengurus kewangan. Kalau kita pertimbangkan semula rancangan untuk berbelanja, banyak yang dapat kita jimatkan. Ada sesetengah perkara kita beli berulang kali, sedangkan yang sedia ada masih belum menghampakan dari segi penggunaan. Ada sesetengah benda yang kita beli mahal untuk kualitinya dan kita akan berjimat dalam masa yang cukup panjang. Ada sesetengah perkara yang kita tidak patut beli mahal, cukup sekadar ada sebagai pelengkap. Yang penting, jangan beli barang celup. Tak mampu pakai Adidas, pakailah Asadi. Jangan pakai Adibas, dah!

Apa yang penting, kita dapat berjimat. Jika kita ni asyik membazir, gaji RM9000 pun masih tak cukup bagi kita. Jika ada rakan-rakan yang berkahwin pada hujung bulan atau dapat baby yang comel, bolehlah kita membelikan hadiah tanpa perlu berkira-kira. Maklumlah, sampai hujung bulan pun ada duit lagi. Kalau kawan-kawan ada masalah kewangan, mungkin kita dapat menghulurkan wang kita dahulu. Asyik-asyik kita ni je yang nak di tolong, dah sampai masa tolong orang ni. Main futsal seminggu sekali pun tak jadi masalah sebab duit sentiasa ada. Kalaulah pergi solat Jumaat, bolehlah juga hulur duit derma untuk pihak masjid bayar bil eletrik dan air serta jalankan pembangunan keagamaan setempat. Yang paling baik, dapat bantu keluarga jika keluarga di kampung memerlukan bantuan kewangan. Insyaallah, berkat!

4 Komen:

Anonymous said...

mual2 nak kutuk gakkan entri adam ni....tak tetap pendirian arr mamat ni tapi pas baca sumer2...wahhhhh....betul lah adam cakap....erm ni nak mula jimat arrrr...thanks adam,

Alfreedino Ahmad said...

tau tak, lepas beberapa minggu tulis blog ni, jam tangan aku dah abis bateri...mcm merajuk je sbb aku tulis nk beli jam tangan baru...huhuhu

Anonymous said...

tahukah anda....bank CIMB ade menawarkan perkhidmatan kad kredit yg amat berpatutan sekali..interest hanya 10%...dan cukai kerajaan akan ditanggung oleh pihak bank...

sungguh mudah....hanya sain saje..
sume pon anda bleh dapat...

-abg kacak-

(o_0)

Alfreedino Ahmad said...

x larat dah nk buat personel loan ni....apatah lg kad krdit...anyway terima kasih sbb bg info...mgkin berguna suatu hari nnt