Monday, August 2, 2010

6 kesilapan besar pengguna Facebook


Mengikut statistik, 30% daripada majikan syarikat menggunakan Facebook untuk menilai calon pekerja mereka. Oleh itu, jangan mengambil mudah dalam penulisan atau memuat naik sesuatu di akaun anda. Hindari 6 kesilapan besar di bawah ini.

1. Gambar profil yang kurang sopan.
Sekali imbas, tidak ada yang salah untuk meletakkan gambar profil yang menunjukkan anda berada dalam pose menggoda atau meneguk sebotol minuman keras. Namun jika gambar tersebut dilihat oleh bakal majikan anda, sudah tentu ia akan menjejaskan imej profesional anda.

2. Mengeluh tentang pekerjaan.
Mungkin berupa keluhan tentang pekerjaan yang semakin banyak atau keluhan akan ketidak serasian anda dengan pihak-pihak tertentu di tempat kerja. Mengeluh itu wajar, namun jika anda melakukannya di ruangan awam, mungkin lain halnya.

3. Menulis sesuatu yang bertentangan dengan resume.
Sebagai contoh, anda menulis 1984 sebagai tahun lahir anda di dalam resume. Tapi di dalam akaun Facebook, tahun lahir anda ditulis 1979. Sekecil apapun perbezaan data diri tersebut, anda berisiko untuk dianggap tidak jujur, sukar dipercayai atau pemutar-belit.

4. Menulis status “mengadu”.
Hati-hati semasa menulis status seperti: “Tommy tidak bekerja pada hari ini karena kononnya sakit, padahal dia bercuti ke Bali. Aku pula sibuk dengan bebanan kerja yang melambak-lambak.” Anda bukan sekadar memburukkan rakan sekerja anda, malah anda menjatuhkan kreadibiliti peribadi anda sendiri. Anda akan mempamirkan sikap diri anda yang iri hati dan tidak pandai menyimpan rahsia.

5. Tidak menggunakan kemudahan Privacy Setting
Sebenarnya kita dapat mengatur pengguna-pengguna Facebook yang dibenarkan melihat profil lengkap kita, dan siapa yang tidak boleh melihat gambar-gambar tertentu. Malangnya, tidak semua pengguna Facebook memanfaatkan kemudahan ini, bahkan banyak yang tidak mengambil peduli atau tidak tahu sama sekali.

6. Pencemaran nama baik
Anda telah menjaga halaman Facebook anda dengan cermat sehingga kelihatan profesional. Tiba-tiba seorang teman memuatkan gambar anda yang sedang mabuk, dan tentunya tidak lupa menanda nama anda. Oleh itu rajin-rajinlah menyemak Facebook anda untuk memastikan anda dapat mengelak apa yang tidak anda inginkan berlaku.

Sumber: http://unik.supericsun.com/

0 Komen: