Tuesday, January 26, 2010

Its about passion and the desire to win.

Laluan kami

Perlawanan bermula pada pukul 9.00 am. Antara pasukan yang menjadi tumpuan pada kali ini adalah pasukan 7-Superman dan Spanar-7. Kedua-dua pasukan ini berada di Kumpulan B manakala dalam Kumpulan A, peluang masih terbuka untuk semua pasukan merebut peluang.

Pasukan aku yang berada di Kumpulan B berdepan dengan tugas getir menentang 2 pasukan pilihan ini selain juara kejohanan ini pada tahun lepas iaitu CCP “Snr” serta pasukan senior CP yang menggelarkan diri mereka ‘Nusantara’. Selain itu, 2 lagi pasukan lain adalah NBS-B (S18) dan Playboy FC yang merupakan muka-muka baru di IRIS.

Perlawanan pertama kami adalah pertembungan antara 2 sahabat dan musuh tradisi. Bagaimana sahabat pun boleh jadi musuh? Pasukan CCP “Snr” merupakan rakan-rakan baik kami di IRIS yang banyak membantu dalam urusan kerja. Selain itu, mereka adalah pasukan yang sering menjadi lawan pada kami di dalam friendly match setiap minggu. Cuma sejak akhir-akhir ini, pasukan berjersey Inter Milan ini jarang hadir untuk sesi friendly.

Walau bagaimana pun, keputusan perlawanan pertama kami menentang juara tahun lepas ini memihak kepada kami dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan aku dan Ramesh. ‘Sorry Ubai kalau sakit kepala engkau tak elok lagi!’


Perlawanan kedua menentang Nusantara yang berjersey serba merah agak sengit. Dalam perlawanan ini, beberapa kecederaan berlaku antara kedua-dua pasukan yang memperlihatkan permainan banyak berhenti. Pasukan Nusantara juga merupakan sahabat baik kami atau orang lama di IRIS. Salah satu jaringan kami adalah hasil bantuan gol sendiri Nusantara yang menjadikan keputusan memihak kepada kami dengan jaringan 3-2 (thanks to Dazlee & Ramesh).

Perlawanan ketiga dengan lawan berjersey AS Roma kelihatan agak mudah. Walau pun begitu, kami masing-masing sudah mula keletihan. Playboy FC merupakan rakan-rakan baru di IRIS. Walau saling tidak mengenali, kami bermain dengan rasa hormat tanpa melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan kemarahan. Akibat mengambil mudah terhadap perlawanan ini, pasukan Playboy FC tidak memberi ruang kepada kami dan memanfaatkan keletihan kami sebaiknya dengan menewaskan kami dengan jaringan 1-2. Walaupun kalah, ia adalah sebuah permainan yang baik.


Pasukan 7-Superman yang mewakili jabatan Facilities dan P4 merupakan satu-satunya pasukan yang menang keseluruhan perlawanan hingga ke akhir dan memenangi kejuaraan pada kali ini. Ia seperti perlawanan Spain menentang Germany. Menentang mereka dan kalah pada perlawanan ke-4 memang sudah dijangka. Walaupun begitu, kami tidak memberi mereka banyak ruang untuk mengasak. Atas kesilapan aku, aku memberi ruang untuk jaringan pertama mereka semasa cuba melakukan ‘Clear’. Selepas itu, jaringan ke-2 mereka adalah melalui sepakan free-kick yang melepasi benteng aku dan Azmir. Kami masih melawan dengan tidak membenarkan mereka melakukan ‘Clean Sheet’ hasil jaringan dari jarak jauh aku dan menjadikan keputusan perlawanan 1-2.

Perlawanan ke-5 adalah penentu samada kami masih punya harapan untuk merebut tempat ke-2. Hanya kemenangan akan menghidupkan peluang kami. NBS-B (S18) juga adalah rakan-rakan baru di IRIS. Mengenakan pakaian hijau floreson yang agak berkilau, mereka gagal menyekat gol Dazlee dan Ramesh yang akhirnya menghidupkan peluang kami ke semi final.


Perlawanan akhir kami adalah antara ITD dan Spanar-7 yang memakai jersey ala-ala Westham United. Mereka juga terdiri dari sahabat-sahabat baik kami. Kedua-dua pasukan ini sedang bersaing untuk merebut tempat ke semi final dalam perlawanan terakhir kumpulan B. Mereka cuma perlu seri manakala kami perlu memenanginya.

Dalam perlawanan terakhir ini, aku memuji kepada semua rakan sepasukan aku yang bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan berhadapan dengan juara 2 tahun lepas ini. Kami mengasak benteng lawan bertubi-tubi hingga terhasil gol pengikat dari Ramesh selepas ditinggalkan 0-1 oleh pihak lawan. Pada separuh masa ke-2, Azmir membantu dalam jaringan ke-2 kami. Azmir membuka ruang untuk kami melangkah ke semi final.

Ketika masa perlawanan hampir tamat, kami dikejutkan dengan keputusan penalti pihak lawan akibat terkena tangan Ramesh. Aku tidak mampu berkata apa-apa melainkan menyerahkan tugas tersebut kepada Ayoi untuk menyelamatkannya. Sepakkan penalti Asmulia tu menjadikan keputusan seri 2-2 hingga tamat perlawanan dan menamatkan impian kami semua.

Apa nak buat, dah begitu kehendak-Nya. Aku hanya mampu pasrah. Apa yang aku banggakan, pasukan ini sebenarnya mampu mencipta sesuatu walaupun ia masih belum terbukti. Aku yakin, jika ahli pasukan ini kekal untuk setahun lagi, pasukan ini pasti akan mampu membuktikan sesuatu. Berada di laluan yang sukar dan sampai ke tahap ini merupakan sesuatu yang manis untuk dijadikan kenangan.

In Too Deep (ITD) - Its about passion and the desire to win.

2 Komen:

feeza_nwa said...

Adam..aku nak belajar ngan kau macam mana nak buat poster lawa2 tu...macam poster viper and in too deep tu...ajarlah yer...please...

Alfreedino Ahmad said...

pertama skali ko kne install adobe photoshop...nnt ada mse aku ajar basicnyer sbb aku pun tahu basic jer...ada bnyk tools lg yg aku tak prnah gune...lepas ko install, ko try la godek2...