Sunday, March 7, 2010

Bukan semua lelaki boleh buat.

Kalau di negara barat, orang perempuan tidak habis-habis memperjuangkan hak-hak wanita serta konsep kesamarataan. Ini kerana sejak zaman dahulu lagi yang mana ia bermula di eropah, mereka menjadi wanita sebagai objek untuk melayan kehendak batin lelaki sahaja tanpa ada peranan dalam masyarakat.

Aku terbayang cerita-cerita cowboy di dalam bar yang dilayani oleh seorang pelayan wanita yang boleh dipeluk oleh pengunjung-pengunjung bar tersebut berganti-ganti. Sambil memeluk wanita tersebut dan meneguk sebotol arak, wanita itu kemudian dibiarkan berdiri untuk kembali ke meja barnya. Datang pula lelaki lain menarik tangannnya dan memeluk serta menciumnya. Begitu rendah sekali taraf wanita tersebut. Wanita-wanita lain di zaman itu cuma duduk di rumah melayani anak-anak sementara menunggu suami yang mabuk arak untuk pulang.

Wanita juga dijadikan hamba seks di zaman jahilliah. Tidak berhak membuat keputusan dan boleh dipindah milik. Mengandung anak luar nikah itu biasa dan menjadi kebiasaan jika si ibu sendiri tidak mengetahui siapa ayah anak tersebut.

Era di eropah berubah. Mereka melaungkan kebebasan bersuara menandakan kemajuan pemikiran masyarakat kononnya. Mereka menerima pendapat sesiapa sahaja walaupun mereka sendiri bakal terkena padahnya. Kerana itu, wanita-wanita mula bersuara untuk hak-hak mereka yang selama ini tertindas dan mahukan hak kesamaan dalam apa jua bidang. Atas dasar kebebasan bersuara ini, mahu tidak mahu mereka terpaksa menubuhkan pertubuhan wanita untuk menunjukkan yang kononnya mereka prihatin.

Ideologi begini juga telah menyerap masuk ke dalam diri wanita-wanita kita sedangkan hak wanita itu telah terpelihara sejak kegemilangan Islam lagi. Walaupun Islam tidak meletakkan hak yang sama antara kedua-dua jantina ini, namun begitu Islam telah menggariskan bahawa lelaki ada haknya sesuai mengikut khudratnya dan wanita ada hak mereka.

Aku pernah bertemu dengan rakan-rakan wanita yang terlalu benci dengan istilah, 'Wanita itu kaum yang lemah'. Mungkin semasa di zaman persekolahannya, dia seorang 'best student' yang dikelilingi lelaki yang dia lihat jauh lebih lemah darinya dalam pelajaran. Adalah sukar untuk dia menerima istilah tersebut dan dia akan sentiasa membuktikan bahawa dia lebih baik dari lelaki dalam apa bidang sekalipun.

Ada juga wanita yang mengaku bahawa dia suka jika orang berkata dia seorang yang kasar berbanding menjadi seorang yang lemah lembut. Kenapa? Adakah dia menganggap wanita itu kelihatan buruk jika menjadi lembut hingga dia tidak mahu keadaan itu kelihatan ada pada dirinya?

Bila disebut 'Wanita itu insan yang lemah', ia bukan menggambarkan bahawa mereka itu lembab atau tak bermaya. Ia kiasan yang memberitahu kita bahawa wanita itu tidak mempunyai khudrat yang besar berbanding lelaki. Ada perkara-perkara tertentu yang wanita lakukan lebih baik dari lelaki. Ada juga perkara-perkara yang biasanya wanita lakukan, bila lelaki lakukan nampak hodoh. Banyak pekerjaan yang kedua-dua jantina ini boleh lakukan, tapi ada perkara-perkara tertentu hanya salah satu jantina ini sahaja nampak elok jika dilakukan.

Jika pada waktu ini, kita lihat orang lelaki lebih ramai tahu memasak berbanding wanita kerana keperluan hidup itu memaksa untuk berdikari. Namun begitu, jika wanita mula belajar memasak, mereka akan lakukan jauh lebih baik dan sedap lagi berbanding lelaki yang tahu masak. Tapi lelaki dianugerahkan otak yang lebih kreatif sedikit hingga menyebabkan lelaki lebih ramai menjadi chef terkenal.

Dari segi ekonomi, wanita lebih baik dalam pengurusan kewangan. Sebab tu lebih ramai suami akan memberikan isteri hak menguruskan ekonomi rumah tangga. Dalam sistem kekeluargaan Islam sendiri pun, tugas isteri adalah pembantu kepada suami atau dipanggil assistant dan suami sebagai seorang pembuat keputusan (decision maker). Isteri tidak diletakkan semata-mata untuk melayani kehendak suami tetapi turut memainkan peranan penting dalam menyuarakan pendapatnya. Malangnya pada hari ini, ramai isteri yang bertindak sebagai decision maker hingga menyebabkan darjat seorang suami itu jatuh pada pandangan masyarakat.

Lelaki itu tidak dipandang lebih tinggi dari wanita pada pandangan Allah. Cuma Allah memberi pekerjaan yang lebih berat kepada lelaki dalam hal-hal tertentu sesuai dengan khudrat lelaki itu sendiri. Kerana itu Allah hanya melantik lelaki sebagai nabi dan wanita tidak dibebani dengan tugas sebesar itu. Allah juga tidak membebani wanita untuk menunaikan solat Jumaat dan janganlah anggap Allah menyingkirkan wanita dalam melakukan ibadah ini. Ia merupakan keistimewaan kerana solat jumaat itu berat hingga ramai orang lelaki sendiri sukar mengerjakannya.

Ok, cukuplah sampai perenggan yang di atas tu kita serius. Mari lihat beberapa gambar di bawah yang menunjukkan bahawa ada perkara yang manis wanita lakukan dan hodoh bilamana lekai beraksi yang sama.


Wednesday, March 3, 2010

Pembentangan dan taklimat perkhelahan

Pada pukul 12.00pm, bermulalah pembentangan kumpulan untuk perkhelahan pada Sabtu ini di Bukit Cerakah. Selepas taklimat yang diberikan pada minggu lepas, setiap kumpulan akan membentangkan mengenai nama kumpulan, bendera dan 'War Cry'. Bermacam-macam ragam para peserta dapat dilihat melalui pembentangan hari ini tak kira sama ada datang daripada kumpulan yang membentang, mahupun yang datang dari para peserta yang duduk di kerusi penonton.

Mari kita lihat gambaran di auditorium tengahari tadi.

Kumpulan The Sun (Kuning)
Pembentang pertama adalah dari kumpulan 'The Sun'. Kalau dilihat daripada bendera mereka, di tengah-tengah gambar matahari itu sebenarnya terdapat beberapa perkataan. Tapi rasanya, tak seorang pun nampak jelas tulisan itu. Dengan selambanya Nurul pun berkata, "Orang beriman je nampak tulisan kat sini." Selepas tu semua orang di auditorium ketawa. Tiba-tiba ada yang menjawab yang tulisannya dah nampak.

Kenapa pilih The Sun? "Tanpa 'Sun' korang semua tak boleh hidup, kan?" jawab Kak Norwati sepontan sebagai menunjukkan betapa pentingnya dalam kehidupan kita. Sekali lagi penonton ketawa.

Yang buat lebih melucukan, Mawari yang baru sahaja sampai ke auditorium tersebut terkejut melihat hanya 3 orang sahaja yang datang membentangkan hasil kerja mereka. Melihatkan hanya dia seorang sahaja lelaki yang datang, tiba-tiba bertanya, "Mana geng kita?"

Motto: Sun fire. Sun fighter. Go higher!

Kumpulan XLR8 (Biru)
Ini merupakan kumpulan pertama yang membentangkan hasil karya mereka di atas pentas pada hari itu. Encik Kamal sempat memperli, "Kita cukup 10 orang, mana kumpulan-kumpulan yang tak cukup 10 orang tu, bagitaulah!"

Inilah kumpulan yang paling bersemangat dengan pembentangan mereka. Ada penonton bertanya semasa Encik Kamal membuka lipatan bendera mereka sebelum sempat dia menerangkan gambar tersebut, "Itu apa? Mentadak mentadu ke, bukan?" Pada masa tu, semua orang ketawa. Adakah patut gambar salah satu watak dalam animasi Ben10 dikatakan mentadak-mentadu?

Moto: We are great, accelerate!

Raja Rimba (Hijau)
Kumpulan ketiga merupakan kumpulan yang aku anggotai. Semasa baru mengeluarkan 2 patah perkataan, dah ada penonton cakap, 'tak dengarlah!'. Alahai, terpaksalah aku kuatkan suara. Yang tak tahan tu masa buat pembentangan, Faizul dan Kak Ida dah usik aku, 'menggigil'. Maklumlah aku terkenal dengan tabiat menggigil bila berhadapan dengan ramai orang.

Moto: Kuat! Teguh! Semangat!

Kumpulan Red Bomb (Merah)
Kumpulan Red Bomb, satu-satunya kumpulan yang mewarnakan bendera mereka dengan warna merah sepenuhnya. Kata Sattu, "Sorry ya! Kami punya gambar tak siap lagi!" lalu merentangkan kain bendera merah yang kosong di hadapan penonton. Auditorium ketawa lagi melihat bendera kosong itu yang menurut Encik Shah, "kalau nama pun Bomb, kalau meletup tak nampak apa-apalah."

Masa nak buat 'War Cry', mereka berdiri seperti nak menyanyikan lagu nasyid. Sempat lagi penonton mengusik mereka dengan lagu 'Alhamdulillah'.

Moto: Beware and be Prepare.

Kumpulan Pirate Attack (Hitam)
Mereka adalah kumpulan pembentang terakhir. Sebelum menaiki pentas, mereka sudah mula menggunakan 'War Cry' mereka - ATTACK! Dengan logo tengkorak mereka, menggambarkan mereka seperti lanun. Macam nak merompak kapal pedagang di lautan, kan?

Moto: Attack

=======================================

Semasa memilih warna kumpulan, aku sengaja mengambil warna hijau kerana warna hijau itu melambangkan ketenangan dan warna rimba. Kebetulan kami berada di kawasan yang adanya tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.

Aku gunakan harimau sebagai logo untuk menepati ciri-ciri harimau itu sendiri yang terkenal sebagai raja rimba, tangkas dan gagah sesuai dengan nama kumpulan.

Semasa menunjukkan kepada Azmir akan logo ini, Azmir ada tanya soalan. "Kenapa harimau warna hijau?" Ya lah, tentu ramai mushkil kenapa ia begitu? Kebetulan, soalan sama ditanya pada sesi pembentangan. Untuk pengetahuan semua, ia bukan seperti apa yang anda fikirkan. Ini merupakan logo sahaja, tidak berkaitan secara langsung dengan gambaran sebenar kerana ia bukan lukisan potret harimau. Setiap objek mewakili sesuatu dalam satu-satu logo itu.

Bagi peminat-peminat kelab bolasepak, anda tentu prihatin dengan logo-logo haiwan yang terdapat di dalam lambang satu-satu pasukan. Seperti Chelsea dengan lambang singa biru, Olympic Lyon dengan singa berwarna emas dan Spurs dengan ayam jantan biru. Haiwan yang tertera mewakili sesuatu maksud dan warna pula memberi makna yang lain. Ia menggambarkan bahawa satu-satu logo itu boleh diungkapkan dengan pelbagai makna.

Dalam kumpulan Raja Rimba, aku bertuah kerana disertai oleh Kak Ida, Fiza dan Faizul yang terkenal dengan pelbagai idea. Kehadiran Reyazd dan Fida yang spoting juga turut menceriakan sesi latihan. Selain itu, Kak Sabariah, Kak Hasifah, Emirul dan Kamarul yang mungkin dapat dikumpulkan bersama pada hari Jumaat nanti.

Bendera Raja Rimba

Tuesday, March 2, 2010

Gelagat si comel.

Hello,Suka tak dengan kucing?

Ada sesetengah orang berpendapat, jika kucing datang ganggu pada masa kita tengah makan, itu satu perkara yang tak elok. Ada pula yang kata, jika kucing suka dekat dengan kita, itu petanda yang kita ni jenis orang yang disenangi. Macam-macam mitos ada pasal kucing ni. Kucing hitam sentiasa dikaitkan dengan haiwan sihir. Kalau kucing langkah jenazah pun, ada cerita seram sebagai tanda tak baik. Hmmm, yang menjadi kepelikkan aku, aku belum pernah lagi menemui kucing jantan yang ada kombinasi warna coklat, putih dan hitam.

Di salah satu kisah Rasulullah, seorang sahabat iaitu Abdurrahman bin Shakhr Al-Azdi yang juga merupakan perawi hadis, mendapat gelaran Abu Hurairah oleh Rasulullah S.A.W. Gelaran Abu Hurairah (bapa kepada anak kucing) diberikan baginda kepadanya kerana kegemaran beliau bermain dengan anak kucing.

Mengikut satu kisah, ada seekor kucing bernama Muizzah. Ketika Rasulullah bangun untuk solat Subuh dan hendak menyarungkan pakaian baginda, baginda dapati Muizzah sedang tidur di salah satu lengan jubah baginda. Kerana tidak sampai hati untuk mengganggu tidur Muizzah, baginda memotong lengan jubah tersebut dan terus membiarkan Muizzah meneruskan tidur. Walau bagaimana pun, ketepatan kisah ini tidaklah begitu jelas kerana ia tidak terdapat dalam sumber Al-Quran mahupun hadis.

Ada orang berpendapat bahawa kucing ini kotor kerana hidup di merata-rata tempat. Suka baring di kawasan berdebu dan khuatir pakaian akan terkena najis jika mendekatinya. Bila berwuduk, mereka takut mendekati si comel ini apatah lagi jika kucing itu suka mencium kita. Mungkin juga ada yang geli.

Dari Abu Qatadah bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang kucing, "Sesungguhnya (kucing itu) tidaklah najis karena dia termasuk yang berkeliling di antara kamu." (HR. An-Nasa’i, Abu Daud)

Dari Aisyah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "(Kucing) itu tidaklah najis, dia termasuk binatang yang berkeliling di antara kalian”. Dan aku (Aisyah) melihat Rasulullah SAW berwudhu dengan air bekas jilatan kucing’. (HR. Abu Daud).

Ada juga disebutkan bahawa bubur Rasulullah yang disediakan oleh Aisyah di makan oleh kucing dan Rasulullah membiarkannya hingga kucing itu beredar. Kemudian Rasulullah menjamah bubur itu kembali.

Tahu tak anda, di Mekah, 400m dari Masjidilharam terdapat sebuah masjid yang dipanggil sebagai Masjid Kucing?

Sejarah pada zaman Fir'aun juga menunjukkan bahawa kucing sangat dimuliakan. Ia turut menjadi haiwan yang disembah pada zaman itu.

Ramai diantara kita tidak menyukai kucing. Aku bertemu ramai rakan wanita yang terlalu sensitif bila mendekati haiwan comel ini. Mungkin mereka berpendapat bahawa haiwan ini kotor, jijik dan menakutkan. Mungkin semasa mereka masih kecil lagi, ada sejarah hitam terkena gigitan kucing.

Aku??? Hmmm, aku suka semua haiwan. Masa haiwan-haiwan ni kecil, mereka lebih kelihatan comel lagi. Kalau ada pun anak-anak haiwan yang aku tak suka, semestinya ia jentik-jentik. Jadi kat entry kali ni, aku letakkan gambar-gambar anak-anak haiwan yang comel-comel. Jom lah tengok, sejukkan hati kita.

Jom layan....!




























Aik??? Kau pun ada jugak menyelit kat sini...!!!???
o[

Friday, February 19, 2010

Khutbah Terakhir Rasullallah S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

(Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)

Tuesday, February 16, 2010

Jom Jimat...!!!

Di bawah rumah aku, ada sebuah dobi. Jika balik kerja je, mesti ternampak dobi tu. Bukan sebab ada awek cun jaga kedai dobi tu, tapi mengingatkan aku akan beberapa pakaian yang awek cun tu tak basuh lagi. Ada T-Shirt, seluar jeans, kain sarung, baju melayu, seluar panjang, seluar kecik dan beberapa pakaian lain lagi (seluar kecik pun nak hantar dobi ker?). Ingat bila dah naik rumah nanti, aku nak kumpul semua pakaian tu dan hantar ke dobi tersebut.

Sampai di rumah, aku berfikir semula, ‘Nak hantar ke tak nak?’ Minggu pertama dapat gaji dulu, aku dah belanja untuk beli sabun basuh dan pelembut fabrik. Kalau aku nak hantar dobi je, buat apa aku beli semua tu? Akhirnya setelah mempertimbangkan beberapa perkara, aku buat keputusan untuk basuh sendiri. Kolar baju pun kita boleh basuh bersih. Wah, jimat duit aku walaupun basuh kat dobi tu takkan mencecah RM5. Hehehe, boleh tengok wayang lepas ni dan beli Samsung Jet!

Sebelum gaji bulan Februari masuk, aku dah bercadang untuk membeli sebuah jam tangan Casio. Masa tu aku nampak kat Jusco Equene dalam harga RM1099. Siap ada diskaun 10%. Memang siaplah lepas ni, aku dah berimaginasi untuk menyarungkan ke lengan aku.

Masuk gaji bulan Februari dan tanpa berlengah lagi, aku terus pergi Jusco Equene. Aku tengok diskaun jam tersebut dah jadi 20%. Ini sudah menarik! Beberapa kali aku mundar-mandir jikalau ada jam lain yang lebih menarik. Ternyata, memang ada yang lebih menarik dengan perbezaan harga lebih RM300. Aku masih tetap dengan pilihan aku.

Di tangan aku, aku lihat masih lagi ada jam tangan lama. Hampir 5 tahun ia berkhidmat untuk aku tanpa mengundang masalah. Walaupun harganya cuma separuh dari harga jam yang tadi, perkhidmatannya tip-top. Jangan kata tali, baterinya pun belum pernah lagi berganti. Ia jugalah saksi kemalangan motosikal aku pada 2 tahun lepas. Ada sedikit calar di permukaannya akibat kemalangan itu.

‘Aku masih sayang padamu,’ kataku dalam hati. Aku terus beredar dari bahagian jam tersebut dan takkan menoleh lagi. Walau agak klasik, jam inilah yang mengekalkan identiti aku selama 5 tahun.

Sebelum masuk tahun baru 2010, aku bercadang untuk membeli Jet. Bukan jet pesawat ringan tu untuk pergi kerja, mahupun jet kawalan jauh yang akhirnya akan terhempas ke tanah. Tapi sebuah telefon bimbit Samsung yang mempunyai ciri-ciri touch screen. Maklumlah, sebagai peminat Samsung, aku akan gantikan handset lama aku yang sering padam sendiri akibat bateri longgar dengan Samsung juga. Aku ikuti perkembangannya sejak harganya mencecah RM2000 lagi hingga sekarang yang cuma tinggal RM1650.

Selepas mengalami masalah dengan handset lama, aku beli handset dari Kumar. Alah, yang dapat free dari Maxis tu! Motorola W866. Konon-kononnya sementara sahaja sampai dapat beli Samsung Jet. Selepas mendapati ciri-ciri W866 ini pun dah menepati ciri-ciri yang aku mahukan sebagai sebuah handfon, aku bercadang untuk menangguhkan cita-cita aku untuk terbang bersama Jet. Bukan tak jadi, cuma tangguh dahulu hingga suatu waktu yang ditetapkan. Maklumlah, idaman tu!

Sebelum Tahun Baru Cina, aku pergi ke Giant Kinrara. Di sana terdapat sebuah kedai instrument. Beberapa kali aku ke sana, tak pernah nak singgah kedai tersebut. Sejak masuk gaji, aku mula berjinak-jinak masuk dan bertanya harga barang-barang tertentu. Yang menarik perhatian aku adalah sebuah gitar akustik yang digantung di dinding. Gitar akustik bertong besar itu merupakan idaman aku sejak sekian lama. Harganya di bawah RM300. ‘Wow, ini mampu ni!’ Aku mula berfikir untuk datang sekali lagi selepas ini dan bawa balik gitar tersebut ke rumah. Eeee, tak sabarlah aku!

Selang beberapa hari lepas tu, aku datang sekali lagi. Bukan untuk membeli gitar, tetapi kali ini aku datang untuk membeli pick guitar. Masih belum membuat keputusan mengenai gitar tu. Aku beli 2 pick gitar. Semasa membeli, aku ternampak ada string gitar di jual. Aku turut bertanya jika mereka ada menjual gitar Tuner. Pekerja itu menunjukkan aku sebuah alat eletronik untuk tune gitar. Memang menarik. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk hanya membeli string gitar baru dan alat eletronik tersebut. Gitar, tak mahu lagilah. Buat apa banyak-banyak gitar kat rumah! Yang menggembirakan lagi, setiap item yang aku beli kat kedai tersebut mendapat diskaun. Maka dengan ini, aku tidak membeli dengan harga display. Jimatnyer....

Biasanya, setiap bulan aku akan pergi menonton wayang. Baru je cadang nak tengok cerita Avatar untuk kali kedua, tak pun cerita-cerita lain yang baru. Tak kisahlah cerita apa-apa pun, asalkan dapat tengok wayang. Memandangkan, tidak banyak cerita menarik, aku batalkan cadangan tersebut. Cerita Avatar pun dah tengok sebelum ni, kalau tak tengok sekali lagi pun tak rasa rugi mana. Sahabat baik aku, Azhar pun tengah sibuk dengan projek dia di JPM dan dalam planning nak pindah rumah. Jadi secara tak langsung aku pun tak ada kawan nak keluar. Bolehlah aku rehatkan diri sambil meng’update’ Zaman Berzaman ni.

Pada siang hari masa bekerja pun, tak banyak duit yang hendak dikeluarkan. IRIS dah naikkan subsidi dan inilah peluang untuk makan tengahari di IRIS. Makanan kat kantin pun bukannya teruk sangat, halal pula tu. Memang banyak orang mengadu tentang beberapa perkara yang tak kena seperti harga, tapi subsidi kita ni dah boleh cover dah harga tu. Bukan sahaja makanan, malah minuman pun boleh masukkan sekali dalam subsidi. Mewah sebenarnya kita di IRIS ni. Sekarang ni, nak keluar pun rasa tak berbaloi dengan penat. Makan di luar dah lebih kurang harga dengan makan kat kantin, penat berjalan menunggu van pula tu nak hantar ke tempat parking. Balik pula nak kena tunggu van lagi dengan suasana panas yang tak menentu di luar tu. Rasa macam menyusahkan kawan-kawan yang bawa kereta pun ada. Sampai dah masa kita ni kata ‘Yes’ pada makan kat IRIS. Seronok apa makan di kantin sambil gosip-gosip. Hehehe...

Sebenarnya, kita ni perlu pandai mengurus kewangan. Kalau kita pertimbangkan semula rancangan untuk berbelanja, banyak yang dapat kita jimatkan. Ada sesetengah perkara kita beli berulang kali, sedangkan yang sedia ada masih belum menghampakan dari segi penggunaan. Ada sesetengah benda yang kita beli mahal untuk kualitinya dan kita akan berjimat dalam masa yang cukup panjang. Ada sesetengah perkara yang kita tidak patut beli mahal, cukup sekadar ada sebagai pelengkap. Yang penting, jangan beli barang celup. Tak mampu pakai Adidas, pakailah Asadi. Jangan pakai Adibas, dah!

Apa yang penting, kita dapat berjimat. Jika kita ni asyik membazir, gaji RM9000 pun masih tak cukup bagi kita. Jika ada rakan-rakan yang berkahwin pada hujung bulan atau dapat baby yang comel, bolehlah kita membelikan hadiah tanpa perlu berkira-kira. Maklumlah, sampai hujung bulan pun ada duit lagi. Kalau kawan-kawan ada masalah kewangan, mungkin kita dapat menghulurkan wang kita dahulu. Asyik-asyik kita ni je yang nak di tolong, dah sampai masa tolong orang ni. Main futsal seminggu sekali pun tak jadi masalah sebab duit sentiasa ada. Kalaulah pergi solat Jumaat, bolehlah juga hulur duit derma untuk pihak masjid bayar bil eletrik dan air serta jalankan pembangunan keagamaan setempat. Yang paling baik, dapat bantu keluarga jika keluarga di kampung memerlukan bantuan kewangan. Insyaallah, berkat!