Friday, January 15, 2010

Aku dan Bola Sepak

Ha, entry ni aku nak cerita pasal ‘Aku dan Bolasepak’. Aku ada cakap kat seorang rakan sekerja perempuan, yang aku main futsal. Dia cakap, “Kau reti ke main bola? Nampak macam lembut je…!”


Wah! Aku ni lembut ker? Auuwww…!!!

Tapi serius aku cakap, aku bukan seorang yang berbakat dalam bidang ni. Apa yang aku ada hanyalah minat. Aku akan rasa kekurangan sesuatu kalau tak main bola.

Sebelum ni, aku aktif bermain bola padang di UPM. Tidak menyertai mana-mana pasukan, sekadar bermain untuk kepuasan dan melepaskan gian. Walaupun main dengan gol kecil yang mustahil untuk jaringan goal, tapi gembira dengan rakan-rakan yang begitu spoting walaupun saling tak mengenali.

Aku asah bakat aku dalam bermain one-two pass, through ball dan hantaran tinggi lintang. Disebabkan gol terlalu kecil, kami tidak berlatih dalam membuat rembatan, sepakan percuma atau sepakan sudut. Apa yang berjaya kami asah adalah ketepatan hantaran, belajar menerima hantaran, menggelecek mudah dan mengawal bola.

Disebabkan kami saling tidak mengenali, kami bermain dengan rasa hormat. Kekadang marah juga kalau asyik kena gelecek, tapi kami berjaya mengawal emosi. Tiada sliding tackle, tiada body contact yang keras dan tiada rembatan direct kearah individu. Kesilapan semasa merampas bola pasti diikuti dengan salam dan kata maaf. Kami enjoy permainan sebegini yang diselangi dengan gelak tawa.

Di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan pertandingan futsal IRIS pada 23 Januari 2010. Inilah ujian sebenar aku dalam bolasepak. Adakah aku mampu mempraktikkan apa yang aku pelajari? Dapatkah aku mengawal emosi? Mampukah aku terus tersenyum walaupun lawan mengasari?

Kepada rakan-rakan IRIS yang ingin menempah gelanggang di Tonga De Futsal Equine Park, tak kira samada lelaki atau perempuan, anda boleh meminjam kad ahli daripada aku. Ia salah satu gelanggang futsal yang terdekat dengan kita. Jangan segan-segan sebab kad ahli itu aku guna nama kita semua. Boleh dapat harga ahli, tapi kena tempah lebih awal. Apa yang penting, jangan hilangkan sebab aku guna duit rakan-rakan IRIS untuk mendaftar.

Di sini juga aku selitkan gambar-gambar yang berkenaan dengan bakal tempat pertandingan futsal kita.

Blue Court, Red Court & Orange Court.

Kawasan berehat dan surau.

Tempat menjamu selera dan kawasan letak kereta.

Bilik air dan persalinan.

Thursday, January 14, 2010

Pasar Malam LP7

Hmmm, dah lama rasanya tak pergi pasar malam. Last sekali, aku pergi kat Serdang. Jauh tu dari rumah aku. Masa tu pun pergi sebab bawa seorang kawan nak beli selipar dia. Hujan pula tu. Ops..!!! Ni kawan betul-betul tau. Kawan lelaki. Betul ni, tak tipu. Kalau tak percaya, cuba tanya dengan abang yang jual selipar tu.

Memandangkan entry ni nak cerita pasal pasar malam, ada siapa-siapa nak temankan aku?



Ok, pada hari Khamis, 14 Januari 2010 yang lepas, bermulalah pasar malam di kawasan kediaman aku, Lestari Perdana. Hari pertama tau! Dah lama tak pergi pasar malam sejak pasar malam paling dekat kat Puncak Jalil tu tutup. Itu pun yang beritahu pasar malam dah buka kat situ melalui SMS, kawan yang aku temankan beli selipar kat Serdang tu. Alah, yang lelaki tu...!!!

Lepas je sampai rumah dari tempat kerja, aku bawa adik aku pergi jenguk. Manalah tahu ada benda nak beli. Akhirnya, aku balik tanpa beli apa-apa pun sebab adik aku dah beli. Aku anggap apa yang dia beli tu aku punya gak, hehehe. Dia beli 4 kepak ayam dan kacang rebus.



Kiranya, aku datang sekadar nak tengok-tengok dan ambil gambar untuk masukkan dalam blog ni je lah. Tapi, boleh tahanlah pasar malam ni, banyak juga gerai yang buka pada hari pertama. Korang je aku tak jumpa kat sana.

Bagi rakan-rakan yang tinggal di kawasan Bukit Jalil, Puchong, Kinrara, Equine Park, Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Taman Universiti, Seri Kembangan, Putrajaya atau kawasan yang sewaktu dengannya, inilah peluang anda untuk membeli-belah di pasar malam ini. Jika anda berada di Angola atau Ivory Coast, lupakanlah saja niat anda untuk singgah.


Mungkin bagi yang berkeluarga, inilah masanya untuk membeli barang dapur. Bagi yang dah bertunang, inilah masanya untuk beli belanja dapur untuk tunang anda. Ha, bagi yang baru couple-couple tu, bawalah dating kat pasar malam. Eh, ada pula nak dating kat pasar malam? Tapi ok lah tu, tempat awam. Boleh mengeratkan silaturrahim.

Harga makanan memang murah dan apa yang ditawarkan oleh mereka tidaklah begitu tawar dan tak ubah seperti pasar-pasar malam di tempat lain. Apa yang menariknya, kawasan ini tidak sesak untuk berbelanja dan susunan gerai juga lebih teratur. Eceh, macam kena bayar je aku tulis baik-baik kat sini! Lepas ni aku nak suruh diorang buat kain rentang untuk promote blog aku ni di pasar malam tu. Nak suruh diorang tulis, ‘Penaja Bersama: zamanberzaman.blogspot.com’.



Aduhai, penat pula menulis. Ok lah, entry ni saja aku buat untuk membantu usahawan-usahawan kecil yang berniaga di pasar malam tu. Maklumlah baru buka, orang tak tahu sangat. Mungkin ada diantara kita yang balik kerja dan kebetulan melalui kawasan ini, anda bolehlah singgah untuk berbelanja dapur atau pun barang-barang keperluan lain. Jangan malu jangan segan, datanglah beramai-ramai. Khamis malam Jumaat tau! Jangan nakal-nakal...!!!

“Ibu-ibu, bapa-bapa, siapa yang punya anak tolong aku kasihani aku...”

Jadi datanglah...Jangan datang tak bawa anak. Selamat berpasar malam.

Demam Futsal dan Perang Psiko

23 Januari 2010 akan menjelang tak lama lagi. Bertempat di Tonga De Futsal Equine park, di sinilah skuad futsal IRIS akan berentap (sila klik peta di bawah untuk lokasi). Bagi mereka-mereka yang bermain setiap minggu, hari tersebut merupakan puncak bagi meraih suatu kejayaan. Bagi yang jarang bermain, inilah masanya untuk mengeluarkan peluh.
Di mana-mana sahaja, semua sedang bercakap mengenai futsal. Borang telah dihantar, bayaran pun telah dibuat. Hanya menunggu tarikh 23 Januari menjelang tiba. Siapa bakal juara?

Futsal adalah acara yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun. Menang pertandingan futsal ibarat memenangi semua acara yang dianjurkan oleh IRC. Ia bagai satu kerugian jika tidak mengambil bahagian dalam acara ini.

Perang psikologi adalah antara perkara yang utama sebelum peperangan sebenar bermula. Para pemain mula mengusik-ngusik pasukan lawan. Amaran berjaga-jaga juga turut diselitkan dengan nada bergurau diikuti dengan gelak tawa.

"Kaki tu boleh main lagi ker?" itu antara soalan psikologi mereka bila melihat kaki aku yang berbalut. Aku yang tak berapa yakin dengan kemampuan kaki ini menjawab dengan penuh rasa rendah diri, "Aku simpanan je, harap-harap bolehlah."

Maklumlah, kecederaan kaki ini mungkin menjejaskan sedikit langkah dan pergerakkan. Mungkin ada baiknya berada di luar.

Apa yang mengejutkan, perang psikologi paling besar telah dilancarkan oleh skuad CCP yang menjuarai kejohanan ini pada tahun lepas. Serangan besar-besaran ini seolah-olah ditujukan kepada kesemua jabatan lain.

Dengan meletakkan piala pusingan di hadapan cermin jabatan mereka dengan statement tambahan, 'Are You Ready? - 23/1/2010', ia cukup menggambarkan keberanian mereka.

Soalan dari seorang rakan dari ITD kepada CCP, "Juara bertahan tahun lepas boleh ke bertahan pada tahun ni?"

Disebabkan aku merasakan perang psikologi mereka amat berani, aku bertanyalah pada seorang rakan dari skuad tersebut tentang motif mereka. Mereka menjelaskan padaku bahawa apa yang mereka lakukan bukan semata-mata sebuah peperangan psikologi, tapi ia lebih kepada mempromosikan kejohanan tahunan ini agar kelihatan lebih meriah. Ia diletakkan di tempat yang begitu stategik untuk memastikan ramai boleh melihatnya dengan keinginan yang bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada juara bertahan ini kerana sudi bersama-sama dalam menjayakan kempen ini.

Di atas adalah statement yang aku temui di Customer Service Centre. Skuad MPP akan bertanding juga selepas tidak mencalonkan diri pada tahun lepas.

Skuad Fasilities antara pasukan yang mampu memberi cabaran besar buat juara bertahan. Mungkin untuk menebus apa yang tidak tercapai pada tahun sebelumnya. Disamping itu, pasukan dari CP juga nampak mampu memberi saingan dengan kehadiran pemain handal baru.

Skuad CLP, naib johan piala ini pasti mahu merangkul tempat yang lebih baik lagi. Walaupun begitu, banyak perubahan besar dalam skuad kali ini. Kita akan lihat samada perubahan ini mampu membantu mepertingkatkan prestasi mereka atau sebaliknya.

Untuk skuad aku, ITD (In Too Deep), pasukan ini diperkuatkan dengan kehadiran Dazlee yang tidak bermain pada tahun lepas. Selain itu, Ramesh menggantikan ketiadaan Thana dan Mat Nor pula menggantikan KE. Aku mungkin akan bermain sebagai keeper simpanan dan jika keadaan kaki ini mengizinkan, aku akan masuk dalam skuad sebagai back-up pada Azlan dan Ayoi. Tak lupa juga, untuk seorang kapten yang berwibawa, Azmir akan mengetuai skuad berjersey Jerman kami.

Ha, perang psiko yg terbaru adalah tidak senyum kepada pasukan lawan hingga berakhirnya pertandingan.

Apa-apa pun, terima kasih kepada seluruh warga IRIS yang menjayakan program ini. Jangan lupa untuk mengambil gambar skuad anda untuk dikongsi bersama. Jumpa di sana...!!!

Skuad ITD (Viper) pada 2008

Thursday, January 7, 2010

Si Kucing Hitam (Miow Miow...)

Sedang aku duduk di sofa sambil menonton rancangan kat Astro, kedengaran bunyi kucing mengiau di depan pintu rumah. Sayup je suara kucing tu. Macam suara seekor kucing betina minta dibukakan pintu.

‘Ini takde kerje lain, mesti suara si kucing hitam ni!’ bisik hati aku.

Malas aku nak layan. Kerap sangat dia datang. Kalau betina takpe lah jugak. Ni kucing jantan, buat-buat suara macam kucing betina. Nak suruh aku keluarlah tu. Tak tahu ke aku tengah busy ni. Kalau lapar sangat pun, turun je lah kat restoran bawah tu.

Yang paling aku menyampah, dia datang masa aku tengah tengok game bola. Dah lah masa tu baru separuh masa pertama, Arsenal kena tinggal 0-1 dengan West Ham.

“Miow...miow...” Aduhai, mengiau lagi. Mengganggu tumpuan aku je.

Aku pun dengan malasnya berdiri dari tempat dudukku. Aku dah tak tahan dah. Aku cari penyapu atau batang mop. Nak kena kucing ni!

Hmmm, nasib baiklah aku tak jumpa. Kalau aku jumpa tadi, aku nak buka pintu dan tunjuk kat dia. Aku nak suruh dia masuk, sapu ruang tamu rumah aku yang berdebu tu. Lepas tu nak suruh dia mop sekali.

Sebabkan aku tak jumpa, aku pun menuju terus ke pintu rumah. Aku pun bukalah pintu.

“Walaikumussalam. Ha, apa ke hal? Nak apa?”

“Miow...miow...”

Ish kucing ni, miau lagi. Tak buka pintu miau, sekarang dah buka pun miau. Cakap la benda lain. Tanyalah aku ni dah makan ker belum, sihat ke tak, dah jumpa Hawa ker belum? Dia ingat muka dia macam pelakon kartun Silvester tu aku nak layan sangat? Ish, nak cakap gitu tak sampai hati!

“Kau peminat Arsenal ker bukan? Aku tengah tengok game ni. Kalau nak tumpang tengok game lain, pergi lah rumah orang lain.” Aku merungut.

“Miow...miow...” Kali ni dia menggesel-geselkan badannya kat kaki aku. Dah habis menggesel kat kaki, dia gesel pula kat gril pintu rumah.

“Dah makan belum? Kalau belum, pergi beli makanan dulu. Lepas makan baru datang sini balik.”

Masa tu dia diam sekejap. Mata dia tepat memandang mata aku.

‘Eh, dia kecik hati ker aku cakap cam tu?’ Aku dah mula rasa bersalah.

“Miow...miow...” dia ngiau lagi. Kemudian gesel lagi kat kaki aku.

Kesian kucing tak bertuan ni. Entah kenapa dia kerap sangat datang rumah aku. Dia kucing yang manja, tapi aku rasa dia tak pernah kena belai kot? Mungkin sebab saiz fizikal dia yang besar, orang takut nak belai. Orang lain mungkin ingat dia kucing garang. Sebab warna bulu dia pun hitam, orang takut dia ni kucing sihir. Alah, macam cerita Sabrina the Teenage Witch yang ada kucing hitam boleh cakap tu.

Tapi aku tak salahkan dia sebab warna dia hitam. Ni semua salah emak dia sebab kahwin dengan kucing jantan warna hitam. Kalau emak dia kahwin dengan kucing parsi, tentu tak gini jadinya.

Aku rasalah, cuma beberapa kali je aku pernah bagi makan kat dia. Entah macam mana dia masih kenal kat aku. Kadang-kadang baru je parking motor masa balik dari kerja, dari jauh lagi dia dah nak ikut. Aku saja pusing jauh sikit supaya dia tak ikut. Yang aku terkejut tu, dia boleh kejar aku. Macam mana dia boleh cam muka aku yang pakai helmet tu dari jauh pun aku tak tahu. Aku rasa dia hafal nombor plat motor aku lah!

Ha, kalau korang nak tahu, dia rajin temankan aku pergi kedai. Kalau dia nampak aku turun je dari tangga, dia akan ikut aku. Aku pergi kedai runcit pun dia teman. Bila aku dah nak balik rumah, dia ikut naik tangga sampai tingkat empat tu. Kadang-kadang aku perasan juga yang dia tak larat bila dah sampai tingkat dua sebab kaki dia kecik berbanding kaki aku. Baik dia stay je kat kedai makan kat bawah tu. Banyak lagi makanan yang sedap-sedap. Tapi tak apalah, aku tolong angkat dia sampai tingkat empat.

Hmmm, kalaulah dia tahu aku tulis entry blog kali ni pasal dia, mesti dia bangga sebab dah masuk internet. Dia tak tahu aku tengah kutuk-kutuk pasal dia ni. Aku harap dia boleh baca jawi jer, kalau dia boleh baca rumi, ada kemungkinan dia boleh baca tulisan aku kat blog. Waaa, tapi dia hafal nombor plat aku...!!!

“Miow...miow...”

Wednesday, January 6, 2010

Avatar dan Krisis Sebenar Dunia

Aku melihat suasana peperangan di Palestin, di Iraq dan Afganistan melalui akhbar. Setiap hari, mereka hidup dalam suasana peperangan dan ramai mati dalam misi mempertahankan tanah air. Sekolah, pusat pentadbiran kerajaan, balai polis serta hospital musnah dibom oleh pihak penjajah. Pihak yang menentang penjajah digelar ‘terrorist’ sedangkan mereka adalah pejuang yang mempertahankan tanah air mereka. Kerana gelaran itu, mereka dimusuhi oleh seluruh masyarakat dunia.


Begitulah kekejaman rejim Israel di Palestin. Begitulah juga kekejaman tentera Amerika dan sekutunya di Iraq dan Afganistan. Mereka membunuh bangsa lain seperti menghapuskan lipas-lipas dari tempat kediaman. Kekejaman mereka dilindungi atas dasar demokrasi serta tujuan utama yang tidak terpancar jelas seperti menguasai ekonomi dan sumber.

Aku pun meletakkan diriku sebagai seorang rakyat Amerika. Aku melihat kekejaman ini sebagai jenayah sebuah kerajaan ke atas satu bangsa lain. Aku selami perasaan mereka-mereka yang tertindas. Melihat sahaja adalah tidak memadai melainkan aku melakukan sesuatu untuk menyedarkan masyarakat dunia akan perasaan bangsa-bangsa yang tertindas ini kerana kerakusan sesuatu pihak dalam mencapai matlamat mereka.

Lalu, aku mengarang sebuah cerita peperangan yang aku fikir mampu memberi kesan kepada setiap individu akan keperitan sebuah bangsa yang mengalami penjajahan. Aku mahu tujukan kepada dunia bahawa negaraku sedang menyiksa bangsa lain dalam memenuhi nafsu serakah mereka akan ketamakkan dunia.

Aku mula menulis sedari awal akan tujuan mereka memerangi samada untuk memperoleh bahan galian, melumpuhkan kerajaan atau menyerap unsur-unsur kefahaman songsang agar mereka lemah dan tidak berpegang pada fahaman mereka. Akan aku dedahkan kaedah yang mereka gunakan dalam teknologi perang seperti sebuah senjata pemusnah besar-besaran yang tidak mengenal mangsanya.

Terlintas dalam fikiran aku, jika ini kaedah untuk menyampaikan ketidakpuasan hati aku pada kerajaan yang haloba ini, aku mungkin akan menerima kritikan dari pelbagai pihak. Aku juga mungkin menjadi sasaran bunuh orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan. Lalu, apa caranya mahu aku sampaikan pada dunia agar mereka sedar akan isu ini.

Aku pun terfikir untuk mewujudkan satu karektor tersembunyi yang mungkin tidak menyentuh mana-mana pihak. Memadailah jika aku berjaya menyampaikan mesej kepada seluruh manusia.

Cerita aku adalah tentang kehidupan satu puak makhluk asing yang hidup mereka terpinggir dari kemajuan teknologi namun kehidupan mereka tenteram. Tempat tinggal mereka begitu harmoni dengan pelbagai hidupan liar yang tidak pernah wujud di persekitaran manusia dan ia sentiasa mengimbangi ekosistem. Juga terdapat sumber alam semulajadi terpenting yang mereka sendiri tidak tahu betapa bernilainya ia. Sumber yang mampu memberi kemewahan dunia kepada pihak lain.

Manusia sudah lama mengkaji akan kehidupan makhluk ini dan berhasrat untuk menguasai kawasan hidupan makhluk tersebut. Sumber alam semulajadinya mampu membuat manusia yang tamak untuk jadi kaya-raya. Maka dengan itu, mereka menghantar para saintis untuk mengkaji cara kehidupan makhluk ini untuk memahami bagaimana mereka berfikir. Persiapan dari segi ketenteraan juga sudah disediakan untuk digunakan jika persetujuan secara halus tidak mampu digunakan.

Saintis mencipta satu jasad klon berupa makhluk asing tersebut yang mempunyai memori seorang manusia untuk mendekati mereka. Ia sebagai umpan untuk mencapai proses persetujuan perpindahan mereka. Atas dasar kepercayaan, jasad klon ini diterima sebagai sebahagian daripada mereka dan diberi ilmu untuk hidup di alam mereka. Akhirnya jasad tersebut mengkhianati manusia sendiri atas dasar keperihatinan dan ini menjadikan proses pengusiran gagal.

Kerana kegagalan misi tersebut, manusia menggunakan teknologi ketenteraan sebagai langkah akhir untuk menjajah kawasan yang kaya dengan sumber asli itu. Tanpa mempedulikan perasaan makhluk tersebut, para tentera meratakan kawasan tersebut dengan senjata pemusnah hingga mengorbankan banyak nyawa. Banyak nyawa makhluk asing yang tidak mampu melawan teknologi manusia itu mati tanpa sempat menyerang balas. Makhluk asing yang mempertahankan tanah mereka akan dibunuh dengan kejam.

Maka makhluk asing yang masih hidup terus berduka. Mereka kehilangan ibubapa, sahabat-handai, adik beradik dan anak-anak kecil. Di hati mereka dipenuhi dengan dendam. Mereka dikejutkan dengan peperangan yang tidak adil akibat kerakusan manusia dalam memenuhi cita-cita. Perasaan untuk menuntut bela atas pembunuhan beramai-ramai itu semakin membara dan tanah air mereka mesti dipertahankan.

Pasti, dalam mencapai hasrat untuk menebus apa yang manusia lakukan, akan banyak lagi nyawa akan dikorbankan. Manusia menggelarkan mereka-mereka yang memerangi keganasan sebagai pelampau walaupun mereka adalah pejuang tanah air mereka. Jasad klon yang membela keadilan makhluk asing digelar penghianat dan turut diburu. Adakah matlamat itu menghalalkan cara?

Inilah apa yang aku fikirkan selepas menonton filem Avatar. Aku cuba mengungkap apa yang cuba disampaikan oleh filem ini kepada para penonton. Situasi dunia kini cuba digambarkan melalui watak-watak rekaan. Mungkin filem ini sekadar menyampaikan unsur-unsur hiburan, tapi beruntunglah bagi mereka-mereka yang dapat merungkai mesej-mesej yang terselit di dalamnya.

Monday, December 28, 2009

Anda di Malam Blockbuster 2009

Kali ni Zaman Berzaman akan membongkar karektor-karektor yang di bawa oleh warga IRIS ke malam Blockbuster. Aku akan menunjukkan beberapa gambar serta karektor asli watak mereka.

Jason Voorhees (Friday the 13th)
Jason merupakan watak utama dalam filem 'Friday the 13th'. Memandangkan watak ini merupakan watak kegemaran aku, aku letakkan ia sebagai gambar pertama. Pemegang watak ini adalah sahabat baik aku, Ubai (CCP). Walau apapun, aku tetap tak puas hati dengan jaringan golnya dari petak keeper.
Ubai dan Jason

Snow White
Watak Snow White ini merupakan antara watak yang mula-mula skali aku ingin masukkan. Memandangkan Kak Sabariah (ITD) suka sangat ambil gambar di belakang orang lain, terlalu sukar untuk dapatkan gambarnya dengan jelas. Ini sajalah gambar yang dapat aku peroleh setakat ini untuk dimasukkan.
Sabariah dan Snow White

Edward Scissorhand
Lelaki bertangankan gunting ini merupakan watak Johnny Depp (yang ni pun aku baru tahu). Malam tu, ada dua watak Edward yang merupakan orang-orang kuat software di IRIS. Mereka adalah Nik Fauzhan (IE) dan seorang lagi Nashrom (ISD). Aku terfikir juga, macam manalah dorang dua ni nak makan? Lepas ni, tak payah upah orang lain kalau nak buat hiasan laman rumah. Kita dah ada agent terdekat.
Nashrom, Fauzhan dan Edward

Cruella Devil (101 Dalmatians)
Cruella Devil merupakan watak wanita jahat dalam filem '101 Dalmatians'. Watak Cruella Devil digunakan oleh Kak ungku dalam majlis itu. Untuk pengetahuan semua, orang pertama yang aku terserempak pada majlis itu antaranya adalah Kak Ungku (HR). Mungkin kami terserempak selepas Kak Ungku selesai solat Maghrib dan selepas melakukan touch-up bersama Kak Farah, Kak Hasyifah dan Asmah.
Kak Ungku dan Cruella Devil

Zorro
Kent (ITD) dan Yusri (MP) memegang watak Zorro. Tiada kekeliruan mana yang tulin sebab kedua-duanya adalah palsu. Sebab tu kita tak lihat mereka berlawan malam tu, hehehe. Yang tulin adalah watak yang dipegang oleh Antonio Banderas dalam filem 'The Mask of Zorro' dan 'The Legend of Zorro'.
Kent, Yusri dan Zorro

Pontianak Harum Sundal Malam
Aku hampir tak kenal dengan karektor pontianak ni. Dengan gigi taring dan rambut yang mengerbang, cukup mengerikan. Eeeee, jangan dia ikut balik dah. Karektor ini dibawa oleh Kak Ani (QA). Petang tu dia cakap nak pakai baju mengandung je. Tapi sungguh aku tak sangka aku akan lihat dia memakai baju mengandung yang paling ngeri pernah aku lihat. Apa yang pelik pada kedua gambar di bawah ini adalah yang seorang pegang budak, yang seorang lagi pegang mak budak, Kak Aya (QA).
Pontianak dan Kak Ani (QA)

Neo (Matrix)
Tadi aku baru je tengok cerita Matrix Reloaded kat rumah Mie. Aku hampir tak perasan yang Pang (Facilities) adalah Neo pada malam tu. Neo Matrix tau, bukan Satria Neo.
Pang dan Neo

Wolverine
(X-Men)
Orang kuat HR, Encik Shah mengenakan pakaian Wolverine versi komik. Salah seorang yang aku tak jangka siapa disebalik sutnya. Selepas beberapa hari, itupun selepas bertanya pada rakan-rakan lain, baru aku tahu dia adalah Encik Shah. Kata Encik Shah, "Saya dah habis tutup dah, orang boleh cam lagi". Nak makan bagi sudu je tau, garpu tak perlu!
Shah dan Wolverine

Fairy atau Angel (Cinderella)
Watak Fairy pernah muncul dalam cerita-cerita dongeng barat seperti Cinderella. Fairy membantu menunaikan hajat Cinderella untuk menyertai suatu majlis. Watak ini digunakan oleh Kak Basariah (IE). Pada mulanya Kak As mengatakan ia sebagai Angel. Selepas mengetahui yang wataknya wujud dalam cerita Cinderella, aku letakkan namanya sebagai Mother Fairy.
Kak As dan watak Fairy

Cinderella
"Wow, Kak Zu ker ni? Dah jumpa kasut yang tinggal tu?" Aku tahu Abang Boy mesti dah kutip kasut tu. Aku tahu Kak Zu (Facilities) pakai lawa-lawa ni mesti dengan bantuan Kak As. Kak As kan Mother Fairy. Mesti Kak Zu kena balik sebelum pukul 12.00 malam kan?
Kak Zu dan Cinderella

Sasori Akatsuki (Naruto)
Watak ni watak jahat dalam anime Naruto. Memandangkan aku tak ikut sangat perkembangan kartun naruto, tak banyak boleh aku ceritakan di sini. Namun begitu, ia nampak sempurna, kan?
Akatsuki

Naruto Shippuden
Ha, inilah hero dalam cerita Naruto. Yelah, dah tajuk anime tu pun Naruto, takkan la Batman pula yang jadi hero, kan? Watak malam tu dipegang oleh Syam (CLP). Yang aku tak pasti pada wajahnya adalah samada Syam ada misai kucing kat pipi atau tidak. Nampak macam takde je.
Syam dan Naruto

Queen Amidala (Star Wars)
Salah satu watak yang jenguh juga aku nak cari. Maklumlah aku pun tak follow sangat cerita Star Wars. Pernah tengok tapi tak pernah nak tahu watak-watak cerita tu. At last, aku dah tahu yang Suhana (Marketing) dan Ery (TS) telah menjadi watak Queen Amidala. Jangan risau, mereka tidak kelihatan saling menanduk sesama sendiri pada malam itu. Aku sempat ambil gambar bersama kedua-duanya sebelum balik. Malangnya, kedua-dua gambar tersebut belum dapat lagi aku tengok.
Suhana, Ery dan Queen Amidala

Tinkerbell (Peter Pan)
"Tak aci! Mana muka aku? Hana best sbb gamba dia ada. Huk..tak aci!! Sila buat satu entry hanya pasai aku! Dowh..!!"

Hehe, ok lah Mas. Sorry, sekarang permintaan anda telah ditunaikan. Ni Mas Azraliza (Marketing). Watak pari-pari ini muncul dalam cerita Peter Pan dan merupakan sahabat baiknya. Ia juga muncul di atas pentas di malam tersebut sambil menari dalam lagu Nirmala. Tak pasti samada watak ni juga pernah muncul dalam penerbangan MAS.
Mas dan Tinkerbell

Kingkong

Remy (MPP) mengenakan pakaian ala Kingkong. Dialah makhluk paling besar yang wujud pada malam itu. Entah bagaimana rasa bahangnya mengenakan costume setebal itu.
Remy dan Kingkong

Aladdin
Satu-satunya pengurus di IRIS yang sempat aku masukkan di dalam blog ini adalah watak Aladdin yang digunakan oleh P.S Lim. Aladdin merupakan salah satu watak Disney yang diambil dari cerita '1001 malam' dari timur tengah yang mempunyai Jin sebagai teman baik. Aku tak nampak permaidani terbangnya malam tu sebab datang lewat. Aku yakin P.S Lim datang awal dengan bantuan permaidani terbangnya. Tak perlu risau dengan keadaan sesak kat luar.
P.S Lim dan Aladdin

Barbie Doll
Shelly (Marketing) merupakan peserta akhir IRIS Idol 2009. Dia menyanyikan lagu Celine Dion. Cara dia berpakaian mengingatkan aku dengan patung Barbie. Comel kan?
Shelly dan Barbie

Cowboys

3 orang koboi yang kehilangan kuda. Melihat mereka, aku teringat satu movie sekumpulan koboi yang merompak bank di Mexico. Ketiga-tiga mereka dari department CP. Segak, cuma aku masih tak nampak pistol pada mereka.
Man, Aliff dan Ayien serta tiga koboi.

Mumia
Reyazd dari CCP mengenakan pakaian mumia. Sepanjang majlis aku tercari-cari siapa di sebalik wajah lelaki berbalut putih ni. Majlis berakhir, barulah aku tahu siapa dia selepas dia membuka topeng. Aku tertanya-tanya juga, bagaimanalah agaknya dia makan pada majlis tu ya? Kalau pun dia berjaya makan, bagaimana nak buang air?
Reyazd dan Mumia

Princess Liea (Star Wars)
Shin Yi (HR) mengenakan pakaian ala-ala Princess Leia dalam cerita Star wars. Sama kan?
Shin Yi dan Princes Leia

Bruce Lee
NF Lai (IE) tak cakap kat aku yang dia nak jadi Bruce Lee malam tu. Aku cadangkan padanya untuk jadi askar ninja. Kami dah cuba pakaian lain, malangnya Lai lebih berminat untuk mengenakan pakaian biasa. Walaupun begitu, dia tetap kelihatan seperti Bruce Lee. Gambar di bawah perlihatkan pada kita yang mereka boleh dikaitkan. Adik-beradik ker?
NF Lai dan Bruce Lee

Left Ear (The Italian Job)

Mohd Nor (ITD) memegang watak Left Ear dari filem The Italian Job. Topi yang Mat Nor gunakan kami beli pada hari terakhir malam Dinner. Siap tawar harga lagi tau! Walaupun tawar-menawar, aku tak bagi Mat nor mengorat minah yang jual tu. Kumar seorang je yang aku bagi sebagai orang tengah. Gambar Left Ear ni pun Mat Nor yang carikan untuk buktikan yang dia juga datang mengikut tema.
Mat Nor dan Left Ear

Princess Fiona (Shrek)

Kak Siti Morni (HR) memang aku tabik habis. Aku kena panggil dia sebagai 'The Brave one' sebab keberaniannya untuk mengecat seluruh wajahnya. Kak Siti Morni mengenakan watak princess Fiona yang muncul dalam cerita Shrek.
Siti Morni dan Princess Fiona

Cleopatra
Cleopatra merupakan seseorang yang memberi impak kepada kejatuhan empayar Rom. Watak Cleopatra ini digunakan oleh Shih Mun (ITD). Semasa melalui meja mereka untuk bertemu David, aku tak perasan Shih Mun di situ. Walaupun aku perasan kewujudan seseorang yang memakai pakaian ala-ala wanita purba mesir, aku masih tak sangka dia adalah Shih Mun.
Shih Mun dan Cleopatra

OB1 (Star Wars)
Salah satu watak yang muncul dalam filem Star Wars yang dipegang oleh Junaldi (CLP) dan Yazeer (P4).
OB1-Kenobi, Junaldi dan Yazeer.

Joker (Batman: The Dark Knight)
Yih Zi (CCP) jadi Joker. Pada mulanya, aku hairan dengan pakaian Joker ni. Tak nampak macam Joker yang banyak aku simpan gambarnya. Aku terlupa dalam cerita Dark Knight, Joker ada mengenakan pakaian ni sebelum mengebom hospital. Dari hospital mana dapat baju jururawat tu?
Yih Zee dan Joker

Medusa

Kak Ani (ITD) ni langsung aku tak cam watak apa sebenarnya dia. Selepas bertanya Dazlee, baru aku tahu ini adalah watak Medusa yang muncul dalam cerita Hercules yang mempunyai badan seperti seekor ular.
Kak Ani (ITD) dan Medusa

Darth Vader (Star Wars)
Antara kedua-dua gambar di bawah, susah untuk mengenal pasti mana satu Darth Vader versi filem, mana satu pula Darth Vader dari IRIS Blockbuster. Ia cukup kelihatan sama. Untuk pengetahuan semua, gambar di sebelah kiri merupakan gambar Awe dari department NBS.
Awe dan Darth Vader

Jack Sparrow (Pirates of the Caribbean)
Orang yang bertanggungjawab sebagai hos pada malam itu adalah Kak Ida (HR) dan Faizul (CCP). Mereka membawa watak lanun, Jack Sparrow. Watak yang juga dipegang oleh Johnny Depp amat terkenal bagi peminat filem Pirates of the Caribbean.
Ida, Faizul dan Jack Sparrow

Skywalker
(Star Wars)
Mie memegang watak Anakin Skywalker dalam cerita Star Wars. Pada mulanya Mie bercadang untuk menggunakan suit seperti aku dan Kumar. Memandangkan suit yang satu lagi yang ada kat rumah aku terpaksa dipinjamkan kepada seorang rakan aku untuk mesyuarat di Putrajaya, suit itu tak dapat untuk aku berikan padanya. Dan secara kebetulan pula Mie terpaksa menjadi salah seorang orang penting pada pembukaan majlis untuk mengenakan pakaian Star Wars.
Mie dan Anakin

Nazul (MP) juga memegang watak yang sama dengan Mie dengan pakaian yang berwarna lebih cerah. Watak Luke Skywalker adalah adik kembar kepada Pricess Leia.
Nazul dan Luke

Storm
(X-Men)
Watak Salina (Marketing) hampir sempurna seperti seorang mutant dalam X-Men. Sekali imbas, memang tidak siapa jangka bahawa ia bukan watak sebenar. Aku rasa Salina dah boleh ganti Halle Berry sebagai Storm. Kehadiran hujan pada hari itu mungkin ada kaitan dengan kegagalannya mengawal cuaca. Maklumlah, baru dapat power.
Salina dan Storm

Pharaoh
Pharaoh atau Firaun adalah gelaran bagi raja yang memerintah Mesir di zaman purba. Zaki (CCP) lengkap berpakaian ala-ala Firaun sesuai dengan wajahnya yang ala-ala wajah Asia Barat. Gambar di sebelahnya merupakan gambar Pharaoh yang diambil dari filem Night at the Muzium 2.
Zaki dan Firaun

Troy
Mula-mula aku ingatkan Dazlee (ITD) menggunakan watak Titan dari filem 300. Baru aku tahu yang Dazlee adalah Troy. Patutlah Titan tu tak sama dengan costume yang Dazlee pakai. Kalau Dazlee jadi Titan, dah tentu badannya tiada pelindung. Mujurlah jadi troy...!!!
Dazlee dan Troy

Helen of Troy

Aik, mereka dua ni pakat ker? Sorang jadi troy, sorang lagi jadi Helen. Walau apapun, cara pemakaian Jayce cukup kemas dan padan dengan gambar Helen.
Jayce dan Helen

Ninja
Mamat ni aku perasan masa nak ambil gambar beramai-ramai. Memang tak jumpa langsung dalam dewan tu. Sebelum tu aku jumpa dia kat surau pada siang hari, dia cakap kat aku yang dia tak buat persiapan apa-apa lagi untuk dinner. Tak sangka pula yang aku boleh jumpa dia dalam keadaan dia jadi Ninja. Inilah dia Faizal (MIS).
Faizal dan Ninja

Clark Kent (Superman)
Disaat akhir, Farouk masih belum menemui apa yang harus dikenakan untuk majlis. Melihat cermin mata yang dipakai, aku terkenang watak Clark Kent dalam cerita Superman. Lalu aku usulkan dia watak Clark Kent yang hampir bertukar kepada Superman. Farouk bersetuju dengan cadangan ini dan malam itu terserlahlah watak Clark Kent pada Farouk. Cukuplah macam tu Farouk, jangan buka semua tau!
Farouk dan Clark

Tiffany (Child's Play)
Masa menulis bahagian ni, Asmah (HR) dah nak berhenti. Dia dapat kerja kat Damansara. Disebabkan aku tak dapat kenalpasti wataknya pada malam tu, aku pun tanya. Katanya, dia adalah Tiffany, watak yang muncul dalam cerita 'Child's Play 4: Bride of Chucky'. Sunyilah IRIS tanpa telatahnya selepas ini. Cuma pesan aku padanya agar dia akan terus membawa nama baik IRIS ke luar sana. Be a goodgirl, tau!
Asmah dan Tiffany

Davy Jones
(Pirates of the Caribbean)
Ada dua Davy Jones dari filem 'Pirates of the Caribbean'. Salah seorang dari mereka adalah Ijat (MPP) manakala seorang lagi adalah Balan (MP). Watak berkepala sotong ini mengingatkan aku tentang salah satu menu pada malam tu.
Ijat, Balan dan Davy Jones

Commodore James Norrington (Pirates of the Caribbean)
Mengikut kata Nizan (MP) di dalam Facebook, wataknya adalah Colonel General. Memandangkan aku lebih tertarik dengan watak Commodore James Norrington yang wujud di dalam filem 'Pirates of the Caribbean', maka aku letakkan gambarnya di bawah untuk anda perbandingkan.
Nizan dan Norrington

Dracula
Dracula sebenarnya adalah watak ketua pontianak versi orang putih. Macam biasalah, minuman kegemaran mereka adalah darah. Marliana (IE) menjadi versi wanita bagi Dracula. Apa yang peliknya bukan darah menjadi santapannya. Dia lebih menggemari fresh orange. Syukurlah! Di sebelahnya aku bandingkan dengan gambar Dracula versi Nabil (Raja Lawak).
Marliana dan Nabil

Indiana Jones
Sekali pandang, kita tahu ini adalah watak dari 'Indiana Jones 4' sbb jaket lama Indiana Jones kebiasaannya berwarna perang. Encik Kamal (ISD) siap mengenakan pakaiannya dengan cemeti untuk melengkapkan dirinya sebagai Indiana Jones manakala Hajar (IE) pula menjadi Indiana jones versi wanita. Eh, bila masa pula Indiana Jones tu perempuan, Hajar?
Kamal, Indiana Jones dan Hajar

Grim Reaper

Watak Ismahani (TS) agak menakutkan. Pada mulanya aku ingatkan dia seorang lelaki. Selepas melihat gambarnya di Facebook Fiza, akhirnya baru jelas jantinanya. Hehehe, jangan marah tau Ismahani! Tapi serius aku cakap, aku tak tahu ini dari filem apa hinggalah Fiza sendiri mengesahkan yang ini adalah watak Grim Reaper. Eeeee, takut aku...!!! Sekali dia hayun....
Ismahani dan Grim Reaper

Storm Trooper (Star Wars)
Watak Storm Trooper dipegang oleh Afifi (IE). Saje ambil gambar dia masa dia tak pakai topeng. Nak nampak beza antara dia dengan Storm Troopers yang sebelah tu. Macam adik-beradik!
Afifi dan Storm Troopers

Jeannie (I dream of Jeannie)
Jeannie merupakan watak Jin yang berusia 2000 tahun dari sitkom komedi 'I dream of Jeannie' pada tahun 1960-an. Linda menggunakan watak Jeannie pada malam itu dengan pakaian warna hijau.
Linda dan Jeannie

Darth Maul (Star Wars)
Ini Tajul (TS). Wataknya sebagai Darth Maul hampir-hampir serupa. Untuk pengetahuan korang, Tajul merupakan seorang rakan baik aku yang banyak menolong aku semasa dihantar bekerja di JPN. Sungguh aku tak sangka dia akan menjadi seorang lelaki jahat jua akhirnya pada malam tu. Apalah nasib???
Tajul dan Darth Maul

Bollywood Actress
Wow...!!! Siapakah gadis-gadis lengkap bersari ini? Memang aku tak pernah lihat mereka berpakaian seperti malam tersebut. Mereka sangat anggun dengan pakaian tradisi dan berwarna-warni. Cara mereka berpakaian mengingatkan aku kepada pelakon-pelakon Bollywood seperti Aishwarya Rai, Kareena Kapoor dan Rani Mukherjee. Sebab tu lah aku letakkan gambar mereka bertiga di dalam blog ini. Merekalah adalah Cristine, Mercy dan Lalitha dari ISD.
Lalitha, Cristine & Mercy.
(Kareena Kapoor, Rani Mukherjee and Aishwarya Rai)

Phantom of the Opera
Amir sungguh segak dengan pakaian the Phantom. Sukar juga hendak mengenali Amir pada malam itu mahupun melalui gambar.
Amir dan the Phantom

Red Indian
Watak 2 orang Red Indian in di pegang oleh Aidleen dan Nasuha dari ISD. Kedua-dua mereka mengingatkan aku tentang satu watak animasi Disney yang dipanggil Pocahontas iaitu seorang puteri Red Indian di Virginia. Selain itu juga, watak gadis Red Indian ini juga muncul dalam filem 'Night at the Museum' yang dipanggil Sacajawea.
Aidleen, Nasuha, Sacajawea dan Pocahontas

Faizal Tahir

Ini adalah salah seorang artis pada malam tersebut, Malik (Facilities). Walaupun sebenarnya Malik mungkin tidak bercadang untuk menjadi siapa-siapa, tapi cara berpakaiannya mengingatkan aku kepada Faizal Tahir. Cuba lihat di bawah.
Malik dan Faizal Tahir

Hafiz AF7
Ingat lagi pada Hafiz? Hafiz merupakan juara AF7 pada tahun lepas. Hafiz juga seorang penyanyi yang mempunyai keunikan penampilan rambutnya.

Ingat lagi pada juara IRIS Idol pada malam Blockbuster? Melihat penampilan rambut Afro Fattah (CP) dengan dendangan lagu di era 70-an bersama Dira, ia mengingatkan aku akan persamaan kedua-dua juara ini. Cuba bandingkan kedua-dua gambar di bawah.
Hafiz dan Fattah

Batwoman
'Batwoman' tau, bukan 'Bad Woman'. Ni gambar Zana dari TS. Sebenarnya watak Batwoman cuma muncul di dalam komik. Gambar di sebelah Zana diambil dari sebuah laman web yang menyediakan costume tersebut. Eh, aku minat la kat Batwoman ni? Hehehe...
Zana dan Batwoman.

Men In Black (MIB)

Yang terakhir sekali watak 'Men in Black'. Amboi, mana boleh watak kitorang berdua tak ada dalam ni! Walaupun tempatnya yang paling bawah, tapi ruangnya tetap tersedia. Tapi malu lah nak letak kat atas-atas tu, hehehe.

MIB merupakan pembanteras makhluk-makhluk asing jahat daripada menakhluk bumi. Inilah watak aku dan Kumar (ITD) pada malam tersebut yang menjadi 'Agent A' dan 'Agent K'. Nasib baik aku buat tag MIB kat suit kitorang. Kalau tidak, tak pasal-pasal aku dengan Kumar kena panggil untuk hidangkan makanan kat meja semua orang.
Aku, Kumar dan MIB

Inilah beberapa karektor yang dapat aku tonjolkan untuk tatapan para pembaca. Jika ada dikalangan staf IRIS yang perlu aku masukkan lagi, aku minta untuk rakan-rakan mencadangkannya supaya dapat untuk aku update pada masa akan datang. Mungkin dari segi sumber seperti gambar, ia agak terhad dalam simpanan. Ada juga beberapa karektor yang agak menarik untuk ditonjolkan tetapi tidak dapat aku kenalpasti watak sebenarnya. Mungkin juga aku terlepas beberapa karektor penting.

Harapan aku semoga anda akan terus tersenyum.