Friday, January 29, 2010

Wallpaper IRIS Futsal Tournament 2010

Desktop wallpaper percuma.

Thursday, January 28, 2010

Kehebatan Rokok

Alahai, ni bukan nak promosi atau suruh orang lain merokok sebenarnya. Aku takut juga nanti orang tak merokok complain teruk-teruk kat blog aku ni. Hanya mahu berkongsi kehebatan tersembunyi rokok ni bagi mereka-mereka yang tidak menyedarinya. Secara jujurnya, aku tidak mahu bagi rate pada kempen yang mengatakan 'Rokok Membahayakan Kesihatan'. Aku akan beri rate paling tinggi jika orang mengatakan, hisap rokok ini suatu pembaziran. Kenapa? Sebab lepas aku kira-kira dengan kalkulator handphone murah baru aku ni, baru aku tahu yang aku boleh jimat RM300 sebulan kalau berhenti merokok.

Okey, apa yang hebatnya rokok ni? Kalau anda lihat gambar di atas, terdapat pelbagai racun dan bahan kimia di dalamnya. Antaranya:
  1. Racun untuk hukuman mati
  2. Penghapus cat
  3. Pembersih lantai
  4. Bahan bakar roket
  5. Pelarut industri
  6. Racun semut putih
  7. Kapur barus
  8. Bahan bakar korek api
Bayangkan, sebatang rokok yang mempunyai ukuran panjang 83mm dengan diameter 8mm mempunyai 8 jenis bahan di atas yang antaranya bahan bakar roket dan korek api. Tapi jangan tanya aku apa bendanya bahan bakar korek api tu. Aku pun tak tahu tapi yang penting benda tu tentu dasyat. Itu yang sempat dia senaraikan. Setahu aku, ada beberapa lagi yang tak tersenarai seperti racun serangga. Yang aku tak tahan tu, 'racun untuk hukuman mati' dan 'kapur barus'. Dua-dua perkara menjurus ke arah tanah perkuburan. Macam mana diorang boleh senaraikan kapur barus dalam rokok? Cubalah senaraikan kapur sirih ker, seulas pinang ker? Aduhai....

Aku ingat lagi pada bulan-bulan puasa yang lepas-lepas, walaupun tak hisap rokok, puasa tetap buat. Boleh pula tahan tu! Kenapa masa tak puasa tak boleh nak tahan? Eh, soalan ni sepatutnya aku yang jawab, hehehe. Mungkin sebab aku ni ego sket, aku kena puasa lebih baik dari adik perempuan aku sebab masa adik perempuan aku baru darjah 6 dulu, dia buktikan bahawa dia boleh puasa 30 hari. Kalau perempuan sekecil itu boleh, malulah aku sebagai lelaki yang tidak punyai sebab untuk bercuti tidak mampu berpuasa semata-mata kerana sebatang rokok.

'Alah, dia tak nampak pun. Hisap je, nanti ko claim lah yang ko puasa sebulan tak putus'. Ha, kalau dah ego tu, dia tak nampak pun aku takkan tinggal. Malu pada diri sendiri beb.

Hebatnya rokok ni, kalau dah buka puasa, hisapnya macam balas dendam. Biasanya rokok 14 batang tu, siang hisap separuh malam separuh. Bila datang bulan puasa, 14 batang tu hisap dari terbenam matahari hingga fajar menyinsing. Konon-kononnya lah nak cover utk siang hari esok. Boleh pula macam tu kan? Boleh cover ker? Yang aku tak tahan tu, lepas je baca doa buka puasa, rokok dulu yang jadi santapan. Hebat betullah!

Aku ingat lagi masa belajar kat asrama dulu, sampai hujung bulan duit kat kocek dah mula tak ada. Kebetulan ada RM10 saja untuk 2-3 hari. Bangun pagi rokok tak ada dan perut lapar. Mana nak penuhi dulu, isi perut yang kosong atau hilangkan sangap merokok? Dah memang bukan benda lain nak kena beli, tentu nak hilangkan sangap tak kira perut lapar atau tidak. Sanggup beli rokok daripada beli nasi. Tapi terliur juga kalau nampak member-member tengah ngap ayam goreng depan-depan kita lepas hidap rokok tu. Rasa nak rampas je. Nak beli nasi, duit dah tak cukup. Sedih punya pasal tengok member makan dan kita tak makan, bakar sebatang lagi rokok. Sekali lagi kehebatan rokok mengatasi nasi.

Sampai hari terakhir, duit ada RM1. Sanggup pecah tabung nak beli rokok. Kalau tabung pun dah kosong, mulalah mencari siapa-siapa yang jual rokok batang-batang. Masa tu RM1 bolehlah beli 3 batang rokok. Kalau tak cukup duit syiling, mulalah mencari-cari di penjuru-penjuru bilik atau di celah-celah poket seluar. Cari kat bawah tilam dan bantal atau dalam longgokkan pakaian tak basuh. Manalah tahu boleh jumpa seposen dua. Sebelum ni buat tak layan je duit syilking kat lantai tu. Siap langkah lagi. Bila dah cukup, dapatlah kongsi dengan rakan-rakan. Kalau takde duit juga, mulalah hutang member untuk beli rokok. Memang gila cerita-cerita kat asrama ni.

Jadi nasihat aku pada adik-adik kat luar sana yang mungkin kebetulan membaca blog Zaman Berzaman ni, janganlah menjinak-jinakkan diri dengan rokok. Harga rokok ni tak pernah turun, malah naik ada. Walaupun harga naik, perokok tetap juga merokok. Duit bazir untuk beli rokok akan meingkat, wang perbelanjaan akan kurang.

Kalau boleh, orang perempuan elaklah diri dari merokok juga ya. Antibodi kita ni tak sama, takut kesan sampingan rokok ni pada wanita lebih teruk berbanding lelaki. Pesan ni bukan sebab nak marah, sebab sayang punya pasal. Muahh...!!!

Bagi perokok-perokok di luar sana, mari kita fikir sejenak. Harga sehelai seluar Levi's 501 lebih kurang dalam RM300. Disebabkan kita merokok, kita terpaksa beli seluar Levi's celup semata-mata untuk bergaya sedangkan kita tidak mampu menikmati qualitinya. Tahukah anda yang merokok ni, terutama yang heavy, kita juga mampu membeli jam tangan berharga dalam RM800 ke atas dengan tunai jika kita mengelak dari menghisap rokok selama 3 bulan. Tiap-tiap 3 bulan tukar baru.

Bagi yang berkeluarga, tentu mampu untuk membayar harga rumah atau kenderaan yang lebih besar dengan tambahan RM300 untuk keselesaan keluarga jika tabiat merokok dibuang. mungkin boleh beli rumah banglo atau kereta BMW 3 Siries M Sport (color biru). Tak mungkin ada masalah untuk mendaftarkan anak-anak ke sekolah dan membelikan buku-buku teks mereka. Tak perlu ada masalah pembahagian buku teks kat sekolah lagi.

Aku yakin, kita bukan kategori orang-orang yang ketagih rokok. Orang yang ketagih ni tidak akan mampu berpuasa walau sehari. Apa yang berlaku kepada kita ini hanyalah sebuah tabiat yang masih boleh kita hindari.

Oleh itu marilah kita mencuba bersama. Kita kurangkan jumlah rokok yang kita hisap untuk tambahkan nilai wang belanja lain kita atau berhenti terus untuk beli jam tangan berharga RM800 ke atas setiap 3 bulan. Paling kurang, dapat beli Levi's 501, kan?

Wednesday, January 27, 2010

Kemeriahan Futsal IRIS 2010

Kejohanan pada kali ini disertai oleh 140 peserta daripada 20 pasukan. Bagi aku, ia merupakan jumlah penyertaan yang paling ramai berbanding 2 tahun sebelumnya. Kemeriahan pada kali ini juga di tambah dengan bilangan penonton yang hadir yang menghampiri 2 kali ganda bilangan pemain.

Walaupun keadaan di sana agak tidak selesa untuk memuatkan ramai penonton, namun segalanya berjalan dengan begitu lancar. Terima kasih kepada badan IRC dan penonton yang hadir kerana sudi memeriahkan kejohanan kali ini.


Apa yang menariknya kejohanan kali ini selain daripada bilangan penyertaan dan penonton, kita bukan sahaja dapat melihat sebuah pasukan yang memenangi keseluruhan perlawanan hingga ke akhir. Kita juga dikejutkan dengan sebuah pasukan yang mempunyai rekod kalah pada semua perlawanan. Namun begitu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian mereka untuk bersama-sama menjayakan futsal pada kali ini.




Salah satu antara perkara menarik bagi IFAC adalah bilangan kecederaan yang dialami oleh peserta tidak banyak. Aku cuma melihat satu luka kecil di tangan seorang penjaga gol. Tiada luka di lutut peserta seperti pada tahun sebelumnya dan tiada calar pada kulit. Selain itu, tiada peserta yang mengalami kepatahan atau terseliuh. Cuma beberapa kecederaan kecil otot seperti lebam dan kekejangan. Mungkin keadaan lantai di Tonga De Futsal agak selamat untuk para peserta dan ia membantu mengelak kecederaan serius.

Di bawah ini aku lampirkan gambar-gambar peserta-peserta yang bertanding dengan kemeriahan warna-warni jersey mereka. Seperti yang di jangka, 7-Superman merupakan juara pada kali ini. Walau bagaimana pun, kita dikejutkan dengan kebangkitan 7 Mill Teslin dari CP yang menjadi naib johan kejohanan.


PASUKAN LELAKI



7-Superman (Juara) & 7 Mill Teslin (Naib Juara)


Edmansion Impact (ke-3) & Spanar 7 (ke-4)


In Too Deep (ITD)


Pakatan FC & NBS A (D-40)


CCP Senior & Baik Punyer


Nusantara FC & NBS B (S-18)


Playboy FC & CCP Junior


PASUKAN WANITA


CCP-A (Dangerose)


QA - Fight motion


CCP-B (Cute Girl)


Mom & Wife (CLP) & Red Roses (CP)

Tuesday, January 26, 2010

Its about passion and the desire to win.

Laluan kami

Perlawanan bermula pada pukul 9.00 am. Antara pasukan yang menjadi tumpuan pada kali ini adalah pasukan 7-Superman dan Spanar-7. Kedua-dua pasukan ini berada di Kumpulan B manakala dalam Kumpulan A, peluang masih terbuka untuk semua pasukan merebut peluang.

Pasukan aku yang berada di Kumpulan B berdepan dengan tugas getir menentang 2 pasukan pilihan ini selain juara kejohanan ini pada tahun lepas iaitu CCP “Snr” serta pasukan senior CP yang menggelarkan diri mereka ‘Nusantara’. Selain itu, 2 lagi pasukan lain adalah NBS-B (S18) dan Playboy FC yang merupakan muka-muka baru di IRIS.

Perlawanan pertama kami adalah pertembungan antara 2 sahabat dan musuh tradisi. Bagaimana sahabat pun boleh jadi musuh? Pasukan CCP “Snr” merupakan rakan-rakan baik kami di IRIS yang banyak membantu dalam urusan kerja. Selain itu, mereka adalah pasukan yang sering menjadi lawan pada kami di dalam friendly match setiap minggu. Cuma sejak akhir-akhir ini, pasukan berjersey Inter Milan ini jarang hadir untuk sesi friendly.

Walau bagaimana pun, keputusan perlawanan pertama kami menentang juara tahun lepas ini memihak kepada kami dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan aku dan Ramesh. ‘Sorry Ubai kalau sakit kepala engkau tak elok lagi!’


Perlawanan kedua menentang Nusantara yang berjersey serba merah agak sengit. Dalam perlawanan ini, beberapa kecederaan berlaku antara kedua-dua pasukan yang memperlihatkan permainan banyak berhenti. Pasukan Nusantara juga merupakan sahabat baik kami atau orang lama di IRIS. Salah satu jaringan kami adalah hasil bantuan gol sendiri Nusantara yang menjadikan keputusan memihak kepada kami dengan jaringan 3-2 (thanks to Dazlee & Ramesh).

Perlawanan ketiga dengan lawan berjersey AS Roma kelihatan agak mudah. Walau pun begitu, kami masing-masing sudah mula keletihan. Playboy FC merupakan rakan-rakan baru di IRIS. Walau saling tidak mengenali, kami bermain dengan rasa hormat tanpa melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan kemarahan. Akibat mengambil mudah terhadap perlawanan ini, pasukan Playboy FC tidak memberi ruang kepada kami dan memanfaatkan keletihan kami sebaiknya dengan menewaskan kami dengan jaringan 1-2. Walaupun kalah, ia adalah sebuah permainan yang baik.


Pasukan 7-Superman yang mewakili jabatan Facilities dan P4 merupakan satu-satunya pasukan yang menang keseluruhan perlawanan hingga ke akhir dan memenangi kejuaraan pada kali ini. Ia seperti perlawanan Spain menentang Germany. Menentang mereka dan kalah pada perlawanan ke-4 memang sudah dijangka. Walaupun begitu, kami tidak memberi mereka banyak ruang untuk mengasak. Atas kesilapan aku, aku memberi ruang untuk jaringan pertama mereka semasa cuba melakukan ‘Clear’. Selepas itu, jaringan ke-2 mereka adalah melalui sepakan free-kick yang melepasi benteng aku dan Azmir. Kami masih melawan dengan tidak membenarkan mereka melakukan ‘Clean Sheet’ hasil jaringan dari jarak jauh aku dan menjadikan keputusan perlawanan 1-2.

Perlawanan ke-5 adalah penentu samada kami masih punya harapan untuk merebut tempat ke-2. Hanya kemenangan akan menghidupkan peluang kami. NBS-B (S18) juga adalah rakan-rakan baru di IRIS. Mengenakan pakaian hijau floreson yang agak berkilau, mereka gagal menyekat gol Dazlee dan Ramesh yang akhirnya menghidupkan peluang kami ke semi final.


Perlawanan akhir kami adalah antara ITD dan Spanar-7 yang memakai jersey ala-ala Westham United. Mereka juga terdiri dari sahabat-sahabat baik kami. Kedua-dua pasukan ini sedang bersaing untuk merebut tempat ke semi final dalam perlawanan terakhir kumpulan B. Mereka cuma perlu seri manakala kami perlu memenanginya.

Dalam perlawanan terakhir ini, aku memuji kepada semua rakan sepasukan aku yang bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan berhadapan dengan juara 2 tahun lepas ini. Kami mengasak benteng lawan bertubi-tubi hingga terhasil gol pengikat dari Ramesh selepas ditinggalkan 0-1 oleh pihak lawan. Pada separuh masa ke-2, Azmir membantu dalam jaringan ke-2 kami. Azmir membuka ruang untuk kami melangkah ke semi final.

Ketika masa perlawanan hampir tamat, kami dikejutkan dengan keputusan penalti pihak lawan akibat terkena tangan Ramesh. Aku tidak mampu berkata apa-apa melainkan menyerahkan tugas tersebut kepada Ayoi untuk menyelamatkannya. Sepakkan penalti Asmulia tu menjadikan keputusan seri 2-2 hingga tamat perlawanan dan menamatkan impian kami semua.

Apa nak buat, dah begitu kehendak-Nya. Aku hanya mampu pasrah. Apa yang aku banggakan, pasukan ini sebenarnya mampu mencipta sesuatu walaupun ia masih belum terbukti. Aku yakin, jika ahli pasukan ini kekal untuk setahun lagi, pasukan ini pasti akan mampu membuktikan sesuatu. Berada di laluan yang sukar dan sampai ke tahap ini merupakan sesuatu yang manis untuk dijadikan kenangan.

In Too Deep (ITD) - Its about passion and the desire to win.

Thursday, January 21, 2010

SM Holy Trinity



Perjalanan dari rumah ke tempat kerja mengambil masa selama 15 minit. Nampak gayanya aku akan lewat lagi. Tapi aku masih ada 15 minit masa kecederaan untuk memastikan aku tidak tersenarai sebagai 'top ranking' pekerja datang lewat pada bulan ini. Maklumlah, aku ni wanted dah.

Aku memecut laju meninggalkan kenderaan lain. Tiba-tiba di hadapan aku kenderaan bergerak perlahan di kawasan Puncak Jalil. Aku pun bergerak ke lorong kanan untuk memotong. Selepas melepasi beberapa kenderaan lain di sebelah kiri, aku dapati sebuah Bas Sekolah sedang berhenti di bahu jalan. 'Patutlah semua kereta perlahan', fikir aku.

Hmm, melihat pelajar sekolah di dalam bas tersebut, terkenang kenangan silam di alam persekolahan dulu. 'Lets back to school story!'



Berbeza dengan Tawau, di sini pelajar sekolah menggunakan bas sebagai pengangkutan ke sekolah. Bas besar pula tu. Bas ini dibayar dengan tambang perjalanan seperti bas henti-henti. Di Tawau, van sekolah dibayar secara bulanan dan destinasinya tetap. Tidak pasti jika van sekolah di sini juga mempunyai sistem bayaran yang sama seperti di Tawau.

Tidak banyak van jingga di sini. Mungkin ada, tapi tidak semeriah van sekolah di Tawau. Setiap petang atau tengahari, bila hampir setengah jam lagi waktu sekolah hampir tamat, van-van jingga ini akan membanjiri bahagian bahu jalan raya menanti kepulangan murid-murid. Kebetulan pula sekolah aku, SM Holy Trinity ini bersebelahan dengan sekolah perempuan SMK Convernt ST Ursula. Bila balik sekolah, memang perhentian bas dibanjiri dengan pelajar-pelajar perempuan sama ada dari sekolah aku mahupun sekolah perempuan yang berjiran dengan kami ini. Masa ni lah nak cuci mata (kononnya lah). Tapi disebabkan bilangan pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki, orang lelaki ni lah yang terpaksa jalan menunduk. Terpaksa biarkan orang perempuan yang cuci mata mereka.



Bercerita pasal sekolah yang mendidik aku hingga berjaya menjadi orang (bukan orang lain), sekolah ini ditubuhkan pada 1922 (minta dibetulkan) oleh orang-orang British. Mengikut ceritanya, bangunan asal sekolah ini telah dibom manakala bangunan yang ada sekarang merupakan bangunan baru.

Semasa menjejakkan kaki ke sekolah ini, pengetua sekolah aku adalah Puan Wong Si Lan. Semasa berada di tingkatan 5, barulah pengetua sekolah bertukar kepada Puan Chu Set Mei yang sebelum itu memegang peranan sebagai penolong kanan sekolah dan guru kaunseling. Hmm, boleh tahan juga aku ni ya sebab masih boleh ingat nama-nama mereka! Memang aku ni seorang yang mengenang jasa sekolah. 'Ye lah, kalau bukan aku yang nak puji diri aku sendiri, siapa lagi!'

Aku ingat lagi semasa menjadi MC perhimpunan semasa berada di tingkatan 5, aku pernah tersalah sebut nama pengetua kerana sebelum ini, aku berlatih setiap hari untuk menyebut nama pengetua yang lama. Bila pengetua bertukar, kebiasaan tu sukar dielakkan hingga aku terpaksa menyediakan teks ucapan untuk membiasakan diri. Apa lagi, bagi pelajar-pelajar yang berada di barisan perhimpunan yang mengambil perhatian pada ucapan aku, mereka berdekah-dekah ketawa. Aku buat selamba dengan meneruskan ucapan sebab tidak sedar kesilapan tersebut. Tapi aku beruntung kerana Puan Chu Set Mei tidak ambil hati. Katanya yang kami semua ni masih rindukan pengetua lama.



Aku tak lupa dengan jasa guru-guru yang banyak mengajar aku dengan ilmu. Cikgu Johanis, seorang pembimbing dan kaunseling aku. Aku teringin sangat untuk menghubunginya untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa baktinya. Aku yakin, kerana dia juga aku suka kepada bidang penulisan. Kerana dia juga aku terus berminat dalam bidang seni.

Aku tak lupa, guru yang sentiasa dalam ingatan, Cikgu Taufik yang kembali ke tanah Johor selepas aku berada di tingkatan 5. Dia seorang guru yang lemah lembut semasa mengajar dan bertukar menjadi seorang yang tegas selepas memegang jawatan sebagai guru disiplin. Semasa berada untuk pertama kali di tanah Johor, aku telah pasangkan niat untuk menjejakinya. Malangnya hasrat itu terkubur hingga kini.

Ustaz Lamin, guru agama yang sangat baik dan bertoleransi. Aku ingat lagi pelukannya semasa dia dapat tahu aku mendapat gred 1 untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Percayalah Ustaz, anak didikmu ini tidak henti-henti menyampaikan risalahmu dulu untuk pengetahuan rakan-rakan lain di sini setakat mana yang diingati. InsyaAllah segala amal baik kami, kau turut mendapat pahalanya.

Cikgu Chan, seorang guru berasal dari Pulau Pinang yang berkarektor lembut. Kesan rotan di tangan ini telah hilang namun kesan di dalam hati masih mendalam. Kesan itu bukan sebuah dendam melainkan rasa terima kasih atas budinya. Dia membuka mata aku tentang bagaimana mudahnya kerja-kerja yang berkaitan dengan nombor.

Ustazah bertudung labuh, ustazah Norizan yang berasal dari Kelantan mempunyai sifat agak garang tetapi mendidik aku hingga berjaya menjadi orang berpengetahuan dalam bidang agama.

Seorang lagi guru yang kelakar, Cikgu Fung yang merupakan guru berbangsa cina dan seorang muallaf. Dia mengajar ilmu Sejarah dengan melabelkan karektor-karektor sejarahwan dalam buku teks kepada murid-muridnya agar senang kami mengingatinya.

Salah seorang lagi guru Sejarah kami, Cikgu Yusuf yang selalu bercerita akan kisah-kisah lucu selepas mengajar. Ada saja ceritanya yang menjadi tatapan kami selepas dia mengajar samada cerita lucu, seram ataupun cerita yang berkaitan dengan agama. Aku diberitahu yang Cikgu Yusuf telah kembali ke rahmatullah akibat barah otak. Semoga Allah merahmatinya.



Aku tidak lupa kepada guru-guru mata pelajaran Sains seperti Cikgu Lim (Fizik), Cikgu Syukri (Ekonomi Asas).

Oh ya, beberapa lagi guru aku yang masih dalam ingatan semasa di sekolah rendah seperti cikgu Mary, cikgu Zainab, cikgu Omar dan semua guru-guru di SRK Holy Trinity dan SK Bandar Tawau.

Ada ramai lagi guru yang terlibat dalam mendewasakan kami. Namun untuk disebutkan disini, ia akan menjadi amat panjang. Walau apapun, secebis doa dan harapan agar hidup para guru akan diberkati dan Allah melimpahkan kurnia kepada mereka. Dan aku berbangga kerana pada SPM 1998, SM Holy Trinity diangkat sebagai antara sekolah terbaik di Malaysia.

Bukan mudah untuk menjadi seorang guru sebenarnya. Hati seorang guru ini sungguh mulia dan mereka tidak minta untuk jasa mereka dibalas. Tugas mereka adalah untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi bangsa yang mulia. Didikan mereka bukan terhad kepada mata pelajaran, tetapi turut diselangi dengan nasihat-nasihat dan panduan hidup.

Hari ini, ramai diantara rakan-rakan seperjuangan kita telah berjaya untuk menjadi pendidik pada anak bangsa. mereka mengikuti jejak-jejak insan terdahulu untuk membimbing anak-anak bangsa untuk terus berjaya. Cabaran pada hari ini cukup membebankan dan aku harap mereka tabah.

Wahai guru-guruku, akulah salah seorang anak didikmu dan hasil kerja tungkus-lumusmu. Jasamu tetap akan ku kenang dan ku sanjung tinggi.



SM Holy Trinity punya satu tujuan
Bersama berusaha tingkatkan pelajaran
Untuk masa hadapan

Pada diri dan keluarga
Untuk nusa dan bangsa
Akan kami bela dengan hati rela
Itulah janji setia

Di semua bidang, kelab persatuan
Baik pelajaran atau pun bersukan
Tetap kami turutkan dengan penuh azam
Mencapai cita-cita

Tuesday, January 19, 2010

Countdown Futsal Tournament

Hi, di bawah ni aku masukkan list pasukan yang bertanding serta jadual pada 23 Januari 2010 nanti. Di sini juga aku masukkan beberapa gambar berkenaan dengan persiapan beberapa pasukan untuk pertandingan ini.


Apa yang mengecewakan aku adalah kehilangan seorang daripada ahli pasukan aku iaitu Azlan atas sebab peribadi. Kami terpaksa akur kerana Azlan perlu bersama keluarganya pada waktu itu. Kami merelakan penarikkan dirinya dengan rasa hormat.

Memandangkan dia terpaksa menarik diri di minggu terakhir ini, kami mendapat bantuan dari Abu untuk menggantikan tempatnya.


1. Senarai pasukan lelaki dan wanita.
LIST OF GROUP
Male Group

Female Group

2. Jadual perlawanan.
SCHEDULE & RESULT
Group A Result

Group B Result

Group C Result

Group D Result


3. Persiapan dan latihan pasukan-pasukan bertanding.


Latihan 2 pasukan wanita CLP di Tonga De Futsal.

Perbincangan stategi pasukan wanita CLP (2 hari sebelum game).