Monday, June 7, 2010

Palestinian loss of land from 1946 to 2000.

Peta di bawah menunjukkan kehilangan tanah oleh rakyat Palentin bermula dari tahun 1946 hingga tahun 2000.


"Isu Palestin perlu difahami oleh setiap Muslim. Ia adalah isu aqidah sebelum dilihat sebagai isu politik sebuah bangsa untuk memerdekakan tanah air mereka yang dijajah.

Bukankah bumi Palestin sebahagian daripada bumi umat Islam? Hanya penjajah sahaja yang datang dan merobek-robek negara umat Islam yang besar suatu ketika dulu. Merekalah yang bertanggungjawab mencerai-beraikan istilah satu ummah yang dikenali oleh umat Islam semenjak hari pertama wahyu diturunkan.

Di samping itu, ia juga merupakan kayu ukur dalam usaha memelihara Masjidilaqsa yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam, kiblat pertama dan juga bumi Israk dan Mijraj.

Penjajahan rejin Zionis telah menjadikan umat Islam semakin terlupa kepada masjid suci ini. Lebih menyedihkan lagi apabila umat Islam serata dunia tertipu dengan slogan isu Palestin adalah isu konflik Arab-Yahudi atau Arab-Israel.

Begitu juga, apabila ia dilihat oleh kebanyakan umat Islam sebagai isu milik PLO dan Yasser Arafat sahaja. Oleh yang demikian, usaha yang berterusan perlu untuk menyedarkan umat Islam di serata dunia tentang kepentingan isu Palestin dan juga kedudukannya di dalam aqidah umat Islam adalah satu perjuangan yang mulia."

Dipetik dari prakata Prof. Madya Dr. Muhsen Salleh dalam buku berjudul 'peluru Lawan Batu - Konflik Palestin & Israel'.


0 Komen: