Thursday, January 21, 2010

SM Holy Trinity



Perjalanan dari rumah ke tempat kerja mengambil masa selama 15 minit. Nampak gayanya aku akan lewat lagi. Tapi aku masih ada 15 minit masa kecederaan untuk memastikan aku tidak tersenarai sebagai 'top ranking' pekerja datang lewat pada bulan ini. Maklumlah, aku ni wanted dah.

Aku memecut laju meninggalkan kenderaan lain. Tiba-tiba di hadapan aku kenderaan bergerak perlahan di kawasan Puncak Jalil. Aku pun bergerak ke lorong kanan untuk memotong. Selepas melepasi beberapa kenderaan lain di sebelah kiri, aku dapati sebuah Bas Sekolah sedang berhenti di bahu jalan. 'Patutlah semua kereta perlahan', fikir aku.

Hmm, melihat pelajar sekolah di dalam bas tersebut, terkenang kenangan silam di alam persekolahan dulu. 'Lets back to school story!'



Berbeza dengan Tawau, di sini pelajar sekolah menggunakan bas sebagai pengangkutan ke sekolah. Bas besar pula tu. Bas ini dibayar dengan tambang perjalanan seperti bas henti-henti. Di Tawau, van sekolah dibayar secara bulanan dan destinasinya tetap. Tidak pasti jika van sekolah di sini juga mempunyai sistem bayaran yang sama seperti di Tawau.

Tidak banyak van jingga di sini. Mungkin ada, tapi tidak semeriah van sekolah di Tawau. Setiap petang atau tengahari, bila hampir setengah jam lagi waktu sekolah hampir tamat, van-van jingga ini akan membanjiri bahagian bahu jalan raya menanti kepulangan murid-murid. Kebetulan pula sekolah aku, SM Holy Trinity ini bersebelahan dengan sekolah perempuan SMK Convernt ST Ursula. Bila balik sekolah, memang perhentian bas dibanjiri dengan pelajar-pelajar perempuan sama ada dari sekolah aku mahupun sekolah perempuan yang berjiran dengan kami ini. Masa ni lah nak cuci mata (kononnya lah). Tapi disebabkan bilangan pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki, orang lelaki ni lah yang terpaksa jalan menunduk. Terpaksa biarkan orang perempuan yang cuci mata mereka.



Bercerita pasal sekolah yang mendidik aku hingga berjaya menjadi orang (bukan orang lain), sekolah ini ditubuhkan pada 1922 (minta dibetulkan) oleh orang-orang British. Mengikut ceritanya, bangunan asal sekolah ini telah dibom manakala bangunan yang ada sekarang merupakan bangunan baru.

Semasa menjejakkan kaki ke sekolah ini, pengetua sekolah aku adalah Puan Wong Si Lan. Semasa berada di tingkatan 5, barulah pengetua sekolah bertukar kepada Puan Chu Set Mei yang sebelum itu memegang peranan sebagai penolong kanan sekolah dan guru kaunseling. Hmm, boleh tahan juga aku ni ya sebab masih boleh ingat nama-nama mereka! Memang aku ni seorang yang mengenang jasa sekolah. 'Ye lah, kalau bukan aku yang nak puji diri aku sendiri, siapa lagi!'

Aku ingat lagi semasa menjadi MC perhimpunan semasa berada di tingkatan 5, aku pernah tersalah sebut nama pengetua kerana sebelum ini, aku berlatih setiap hari untuk menyebut nama pengetua yang lama. Bila pengetua bertukar, kebiasaan tu sukar dielakkan hingga aku terpaksa menyediakan teks ucapan untuk membiasakan diri. Apa lagi, bagi pelajar-pelajar yang berada di barisan perhimpunan yang mengambil perhatian pada ucapan aku, mereka berdekah-dekah ketawa. Aku buat selamba dengan meneruskan ucapan sebab tidak sedar kesilapan tersebut. Tapi aku beruntung kerana Puan Chu Set Mei tidak ambil hati. Katanya yang kami semua ni masih rindukan pengetua lama.



Aku tak lupa dengan jasa guru-guru yang banyak mengajar aku dengan ilmu. Cikgu Johanis, seorang pembimbing dan kaunseling aku. Aku teringin sangat untuk menghubunginya untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa baktinya. Aku yakin, kerana dia juga aku suka kepada bidang penulisan. Kerana dia juga aku terus berminat dalam bidang seni.

Aku tak lupa, guru yang sentiasa dalam ingatan, Cikgu Taufik yang kembali ke tanah Johor selepas aku berada di tingkatan 5. Dia seorang guru yang lemah lembut semasa mengajar dan bertukar menjadi seorang yang tegas selepas memegang jawatan sebagai guru disiplin. Semasa berada untuk pertama kali di tanah Johor, aku telah pasangkan niat untuk menjejakinya. Malangnya hasrat itu terkubur hingga kini.

Ustaz Lamin, guru agama yang sangat baik dan bertoleransi. Aku ingat lagi pelukannya semasa dia dapat tahu aku mendapat gred 1 untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Percayalah Ustaz, anak didikmu ini tidak henti-henti menyampaikan risalahmu dulu untuk pengetahuan rakan-rakan lain di sini setakat mana yang diingati. InsyaAllah segala amal baik kami, kau turut mendapat pahalanya.

Cikgu Chan, seorang guru berasal dari Pulau Pinang yang berkarektor lembut. Kesan rotan di tangan ini telah hilang namun kesan di dalam hati masih mendalam. Kesan itu bukan sebuah dendam melainkan rasa terima kasih atas budinya. Dia membuka mata aku tentang bagaimana mudahnya kerja-kerja yang berkaitan dengan nombor.

Ustazah bertudung labuh, ustazah Norizan yang berasal dari Kelantan mempunyai sifat agak garang tetapi mendidik aku hingga berjaya menjadi orang berpengetahuan dalam bidang agama.

Seorang lagi guru yang kelakar, Cikgu Fung yang merupakan guru berbangsa cina dan seorang muallaf. Dia mengajar ilmu Sejarah dengan melabelkan karektor-karektor sejarahwan dalam buku teks kepada murid-muridnya agar senang kami mengingatinya.

Salah seorang lagi guru Sejarah kami, Cikgu Yusuf yang selalu bercerita akan kisah-kisah lucu selepas mengajar. Ada saja ceritanya yang menjadi tatapan kami selepas dia mengajar samada cerita lucu, seram ataupun cerita yang berkaitan dengan agama. Aku diberitahu yang Cikgu Yusuf telah kembali ke rahmatullah akibat barah otak. Semoga Allah merahmatinya.



Aku tidak lupa kepada guru-guru mata pelajaran Sains seperti Cikgu Lim (Fizik), Cikgu Syukri (Ekonomi Asas).

Oh ya, beberapa lagi guru aku yang masih dalam ingatan semasa di sekolah rendah seperti cikgu Mary, cikgu Zainab, cikgu Omar dan semua guru-guru di SRK Holy Trinity dan SK Bandar Tawau.

Ada ramai lagi guru yang terlibat dalam mendewasakan kami. Namun untuk disebutkan disini, ia akan menjadi amat panjang. Walau apapun, secebis doa dan harapan agar hidup para guru akan diberkati dan Allah melimpahkan kurnia kepada mereka. Dan aku berbangga kerana pada SPM 1998, SM Holy Trinity diangkat sebagai antara sekolah terbaik di Malaysia.

Bukan mudah untuk menjadi seorang guru sebenarnya. Hati seorang guru ini sungguh mulia dan mereka tidak minta untuk jasa mereka dibalas. Tugas mereka adalah untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi bangsa yang mulia. Didikan mereka bukan terhad kepada mata pelajaran, tetapi turut diselangi dengan nasihat-nasihat dan panduan hidup.

Hari ini, ramai diantara rakan-rakan seperjuangan kita telah berjaya untuk menjadi pendidik pada anak bangsa. mereka mengikuti jejak-jejak insan terdahulu untuk membimbing anak-anak bangsa untuk terus berjaya. Cabaran pada hari ini cukup membebankan dan aku harap mereka tabah.

Wahai guru-guruku, akulah salah seorang anak didikmu dan hasil kerja tungkus-lumusmu. Jasamu tetap akan ku kenang dan ku sanjung tinggi.



SM Holy Trinity punya satu tujuan
Bersama berusaha tingkatkan pelajaran
Untuk masa hadapan

Pada diri dan keluarga
Untuk nusa dan bangsa
Akan kami bela dengan hati rela
Itulah janji setia

Di semua bidang, kelab persatuan
Baik pelajaran atau pun bersukan
Tetap kami turutkan dengan penuh azam
Mencapai cita-cita

6 Komen:

Anonymous said...

Lawa la blog neh . Abg neh neh msti ex student d SM Holy Trinity kn .

Alfreedino Ahmad said...

Ya, saya bekas student SM Holy Trinity.

Unknown said...

salam,

1998 spm. - junior abg aku lh ni..abg aku 1996.

tgk nma mcm mo sama dgn : al-azharino ahmad? adik beradik kha?

nice blog.... ugh cari lagu sekolah tdi.. sbb x sbrpa hafa lirik.. mo bgi masuk dlm group, jmp plak blog abg,,

Unknown said...

salam...

junior abg aku lh ni kn.. spm 1998, my bro 1996.

tdi cri lagu ssekolh. x sbrpa hafal lirik. tkut silap. mo kasi masuk p group document. jumpa plak blog ni..

ermm nama abg mo sama dgn al-azharino ahmad adik beradik ker?

Alfreedino Ahmad said...

alshar syzeanez, ya mungkin sy junior abg kamu. tp mse tu form 5 dan form 3 susah nak kenal sbb waktu belajar yg tidak sama (satu pg satu ptg). kamu pelajar sekolah mana? benar kami adik beradik.

cuba lihat link di bawah, mgkin ia mampu mengesahkannya.

http://zamanberzaman.blogspot.com/2010/03/untukmu-sayang-cover-by-dino-rino.html

Unknown said...

Holy jg.
Time tu sy form 1. Abg rino form 5 myb..
Sy sempt dgn kak asheela devi jk. Ada progrm interact club.. :)