Thursday, January 14, 2010

Demam Futsal dan Perang Psiko

23 Januari 2010 akan menjelang tak lama lagi. Bertempat di Tonga De Futsal Equine park, di sinilah skuad futsal IRIS akan berentap (sila klik peta di bawah untuk lokasi). Bagi mereka-mereka yang bermain setiap minggu, hari tersebut merupakan puncak bagi meraih suatu kejayaan. Bagi yang jarang bermain, inilah masanya untuk mengeluarkan peluh.
Di mana-mana sahaja, semua sedang bercakap mengenai futsal. Borang telah dihantar, bayaran pun telah dibuat. Hanya menunggu tarikh 23 Januari menjelang tiba. Siapa bakal juara?

Futsal adalah acara yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun. Menang pertandingan futsal ibarat memenangi semua acara yang dianjurkan oleh IRC. Ia bagai satu kerugian jika tidak mengambil bahagian dalam acara ini.

Perang psikologi adalah antara perkara yang utama sebelum peperangan sebenar bermula. Para pemain mula mengusik-ngusik pasukan lawan. Amaran berjaga-jaga juga turut diselitkan dengan nada bergurau diikuti dengan gelak tawa.

"Kaki tu boleh main lagi ker?" itu antara soalan psikologi mereka bila melihat kaki aku yang berbalut. Aku yang tak berapa yakin dengan kemampuan kaki ini menjawab dengan penuh rasa rendah diri, "Aku simpanan je, harap-harap bolehlah."

Maklumlah, kecederaan kaki ini mungkin menjejaskan sedikit langkah dan pergerakkan. Mungkin ada baiknya berada di luar.

Apa yang mengejutkan, perang psikologi paling besar telah dilancarkan oleh skuad CCP yang menjuarai kejohanan ini pada tahun lepas. Serangan besar-besaran ini seolah-olah ditujukan kepada kesemua jabatan lain.

Dengan meletakkan piala pusingan di hadapan cermin jabatan mereka dengan statement tambahan, 'Are You Ready? - 23/1/2010', ia cukup menggambarkan keberanian mereka.

Soalan dari seorang rakan dari ITD kepada CCP, "Juara bertahan tahun lepas boleh ke bertahan pada tahun ni?"

Disebabkan aku merasakan perang psikologi mereka amat berani, aku bertanyalah pada seorang rakan dari skuad tersebut tentang motif mereka. Mereka menjelaskan padaku bahawa apa yang mereka lakukan bukan semata-mata sebuah peperangan psikologi, tapi ia lebih kepada mempromosikan kejohanan tahunan ini agar kelihatan lebih meriah. Ia diletakkan di tempat yang begitu stategik untuk memastikan ramai boleh melihatnya dengan keinginan yang bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada juara bertahan ini kerana sudi bersama-sama dalam menjayakan kempen ini.

Di atas adalah statement yang aku temui di Customer Service Centre. Skuad MPP akan bertanding juga selepas tidak mencalonkan diri pada tahun lepas.

Skuad Fasilities antara pasukan yang mampu memberi cabaran besar buat juara bertahan. Mungkin untuk menebus apa yang tidak tercapai pada tahun sebelumnya. Disamping itu, pasukan dari CP juga nampak mampu memberi saingan dengan kehadiran pemain handal baru.

Skuad CLP, naib johan piala ini pasti mahu merangkul tempat yang lebih baik lagi. Walaupun begitu, banyak perubahan besar dalam skuad kali ini. Kita akan lihat samada perubahan ini mampu membantu mepertingkatkan prestasi mereka atau sebaliknya.

Untuk skuad aku, ITD (In Too Deep), pasukan ini diperkuatkan dengan kehadiran Dazlee yang tidak bermain pada tahun lepas. Selain itu, Ramesh menggantikan ketiadaan Thana dan Mat Nor pula menggantikan KE. Aku mungkin akan bermain sebagai keeper simpanan dan jika keadaan kaki ini mengizinkan, aku akan masuk dalam skuad sebagai back-up pada Azlan dan Ayoi. Tak lupa juga, untuk seorang kapten yang berwibawa, Azmir akan mengetuai skuad berjersey Jerman kami.

Ha, perang psiko yg terbaru adalah tidak senyum kepada pasukan lawan hingga berakhirnya pertandingan.

Apa-apa pun, terima kasih kepada seluruh warga IRIS yang menjayakan program ini. Jangan lupa untuk mengambil gambar skuad anda untuk dikongsi bersama. Jumpa di sana...!!!

Skuad ITD (Viper) pada 2008

4 Komen:

HaNa NyoTa uHArA said...

and again..tak dapat tgk korang main futsal sebab kene pegi kedah atas urusan rasmi..arghh!!!!!!!!!

Alfreedino Ahmad said...

wah...ko nak jumpe sultan kedah ke Hana?

feeza_nwa said...

yeah...padan muka hana tak dapat tengok futsal...tak boleh tengok orang tu main...hahahaha sukanya akak...

Alfreedino Ahmad said...

owh...ni msti psl Mr D...