Wednesday, December 23, 2009

Aku, Kumar dan 'IRIS Blockbuster 2009'

Kali ni Blog Zaman Berzaman akan menulis berkenaan usaha aku dan Kumar sempena majlis makan malam IRIS pada 17 December 2009 yang bertemakan ‘IRIS Blockbuster’. Malam yang mana begitu meriah dengan warna-warni wajah warga IRIS.

Hampir sebulan sebelum tu, aku tercari-cari apa yang nak dipakai pada majlis. Nak mencari karektor yang sesuai dengan tema tanpa perlu membazir wang. Maklumlah, bila aku umumkan kesediaan untuk ke majlis tu, aku kenalah bersetuju untuk menerima tema penganjur sebagai tanda hormat pada majlis. Lagipun, salah seorang ahli penganjur adalah sahabat baik aku, Dazlee.

Hmm, apa yang mudah ya? Yang pasti, aku tak bersedia dengan karektor yang terpaksa mewarnai muka, menggunakan spender di luar atau karektor movie yang tak berbaju. Dan yang lebih pasti, aku nak karektor yang murah ongkosnya, dong!

Aku cari kat Google dengan nama ‘Super Hero’, ‘Movie Character’, ‘Film’ dan sebagainya. Indiana Jones boleh juga sbb aku dah ada topi koboi. Baju dia pun simple, yg perlu dicari cuma jaket kulit dan beg sandang. Jika perlu aku kena cari tali nak buat cemeti. Karektor yang bertopeng pun agak menarik. Movie character tak semestinya baik, jahat pun boleh jadi. ‘V for Vendetta’, ‘Friday the 13th’, ‘Ninja Assassint’, ‘The Mummy’ dan ‘Scary Movie’ juga ada dalam kepala otak aku yang geliga ni.

Aku terfikir akan persiapan yang tersedia di rumah. Ada sebuah suit hitam. Kemudian watak Men In Black (MIB) bermain di minda aku. Ini merupakan salah satu cara yang menjimatkan kos tanpa perlu membazir duit. Maklumlah masa tu dah pertengahan bulan. Kocek dah mula berbunyi dengan duit besi. Kemudian aku terbayang watak Will Smith. Takkan la aku nak kena gunting rambut? Ahh, aku bukan ‘Agent J’ atau ‘Agent K’. Aku adalah ‘Agent A’. ‘Agent A’ tak payahlah nak gunting rambut. Selamat lagilah duit aku.

Memandangkan MIB kena ada pasangan, orang pertama yang aku fikir boleh menjadi pasangan aku adalah Azmir. Terbayang kat kotak fikiran aku bagaimana nanti rupa Azmir dengan suit hitam dan berkacamata gelap. Hmm, handsome juga! Kebetulan juga ada satu lagi suit hitam yang pakcik aku tinggalkan selepas hari konvokesyen OUM. Bolehlah aku racun Azmir lepas ni. Lalu aku usulkan pada Azmir cadangan aku yang bernas lagi jitu itu.

“Tak mahu.” Wah, sampai hati engkau Azmir dengan selambanya kau menolak cadangan ikhlas aku lagi suci dan murni ini. Tidakkah engkau tahu yg aku membanting tulang, memerah otak dan keringat untuk memikirkannya cadangan sehebat ini. Kau memang sungguh tak ‘berbudi bahasa budaya kita’. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan, adakah patut? Ok, takpe. Ada lori ada bas, lain hari aku naik Rapid KL jer.

Aku pun kecewalah berhati parah. Aku terpaksalah mencari idea baru yang lebih berinovasi.

Semasa mencari karektor baru, aku terpandang poster filem ‘Fready VS Jason’ kat internet. “Perghhh, Jason tu...!!!” Aku memang minat kat Jason. Dah lama aku memendam perasaan padanya. Dia je tak tahu. Uweeekkkk....!!!

Pakaiannya juga agak simple dengan topeng keeper hoki ais. Yang perlu aku cari cuma sebuah jaket yang mungkin aku boleh koyakkan sedikit, sehelai seluar panjang yang lusuh, kemeja T gelap dan sebilah parang. Masa ni aku dah terfikir nak pergi mana-mana Bundle untuk cari jaket lusuh dan cari baju kemeja T lama untuk di koyakkan. Nak buat sebilah parang dengan papan dan cat warna perak serta bubuh sedikit cat merah untuk kelihatan seperti parang berdarah. Wah, boleh tahan hebat jugak idea aku ni. Belum ada lagi yang pernah berfikir sebagus ini. Nampak ganas la sikit. Memang banyaklah kepala bakal aku penggal kat dewan majlis nanti. Siaplah korang!

Balik rumah je, aku mula mencari kaedah membuat topeng Jason yang menjadi idaman aku tu melalui laman Youtube. Jangan risau, aku dah ‘Potong’ tau. Selain tu, aku turut mencari kat Mudah.com kalau-kalau ada topeng keeper hoki ais dijual. Hampeh betullah, langsung tak jumpa topeng tu. Diorang ni ingat, orang Malaysia tak reti nak main hoki ais ker? Diorang tak tahukah dah ramai budak-budak IRIS ni dah mula berlatih bermain ski terutama department IE?

Kecewalah lagi. Berhati parahlah lagi. Ada siapa-siapa yang volunteer nak pujuk?

Aku mulalah bertanya pada rakan serumah bagaimana nak buat topeng. Dia cadangkan aku gunakan belon dan surat khabar. Katanya, kaedah ni pernah digunakan untuk matapelajaran pendidikan seni ketika sekolah dulu. Ya, satu idea yang menarik dan murah untuk mereka-mereka yang tak berduit macam aku ni. Maka dengan itu, aku bagi kat member serumah aku tu 5 bintang di atas keupayaannya berfikir walalupun aku pun mampu berfikir jauh lebih baik dari itu, hehehe.

Aku mula membeli gam cair dan mengumpul surat khabar walaupun kat rumah aku ni bukannya ada siapa-siapa yang baca surat khabar. Surat saman adalah. Maklumlah zaman dah berubah, maklumat di hujung jari anda. Asalkan jangan lupa ‘Potong’. Hmm, nasib baik kat IRIS ada banyak akhbar The Sun.

Aku juga mencari belon tapi susah juga nak dapat ya. Aku nak tanyalah kat korang, budak-budak sekarang ni dah tak beli ke keropok yang ada belon percuma tu? Tak ada ‘feel’ lah diorang ni sebagai kanak-kanak. Baik lahir-lahir je terus jadi dewasa.

Kemudian aku cuba dapatkan dari rakan kalau-kalau mereka ada jaket lama yang dah tak digunakan. Aku dah mula berfikir untuk membuat kepala patung. Yelah, macam kepala dipancung. Aku juga terfikir untuk mencari mangsa sambil berlari dalam dewan majlis nanti. Gambar-gambar Jason dalam filem ‘Friday The 13th’ aku kumpulkan. Aku terbayang yang mana di belakang jaket aku nanti akan tertulis ‘Friday The 18th’. Maklumlah, majlis akan berlansung pada Khamis 17hb. Jumaat esoknya dah 18th. Ooops, tak lupa juga yang 18 Disember merupakan Awal Muharram. Selamat tahun baru semua. Ish, apalah amalan pertama yang bakal tercatit dalam buku amalan baru aku nanti? ‘Bersuka-ria di dewan Hotel Nikko’. Oh tidak...!!!

Countdown dah ni. Hari demi hari berlalu. Majlis makan malam tinggal seminggu lebih je lagi. Entah apa yang penting sangat tapi perancangan pada minggu sebelum tu untuk merealisasikan niat aku sebagai Jason idaman tertangguh akibat menghadiri majlis kahwin member aku di Chemor, Perak. Apsal la diorang ni sibuk nak kahwin time aku sibuk nak jadi Jason? Tunggulah lepas aku beraksi nanti. Takkan la tak boleh sabar kot? Hehehe, tapi akhirnya aku menjejakkan kaki ke Negeri Perak juga. Kebetulan aku dipaksa menjadi pengapit. Waaa...!!! Takde posisi lain ker selain jadi pengapit? Kalau ada siapa-siapa yang mempunyai posisi kosong sebagai ‘pengantin lelaki’, nanti bagitau la kat aku ya. Aku sedia menjadi insan yang diharap-harapkan sebagai pengapit. Aku dah ada pengalaman tau! Korang tau tak, masa tu diorang pesan suruh bawa baju melayu putih, aku terpinjam baju warna krim. Tapi kira OK lah sebab aku bawa juga baju. Kalau aku tak terbawa, akulah pengapit kat Malaysia yang pertama tanpa baju.

Minggu terakhir sebelum majlis, Kumar datang kepadaku dan memberitahu bahawa dia tidak tahu karektor apa yang hendak di bawa. Dia ingat nak jadi orang minyak, bubuh je minyak hitam seluruh badan. Uishhh, ini sangat merbahaya! Dan aku, sebagai insan yang terlalulah prihatin dengan tetamu-tetamu lain yang bakal hadir nanti yang pasti akan dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap dan menyelerakan, aku dengan pantas mencadangkan kepada Kumar agar melupakan hasrat untuk menjadi orang minyak tak kiralah orang minyak tanah ke, Petrol ke, Diesel ke, mahupun minyak dengan Ron 97. Lalu dengan pantas aku mencadangkan karektor MIB kepadanya. Cuma perlu cari kemeja putih dengan seluar panjang, kasut dan tali leher hitam. Apa yang perlu dia usaha adalah suit hitam sebab saiz suit hitam yang sedia ada pada aku akan membunuhnya secara mandatori. Dia dengan selamba bersetuju sebab semua yang aku sebut sudah dia miliki kecuali suit. Lagipun, Kumar kan partner aku. Sudah tentu sesuai kami bergandingan untuk membunuh makhluk-makhluk asing di dalam dewan tu nanti. Lalu aku cadangkan agar dia pergi ke mana-mana kedai gambar untuk menyewanya sebagaimana aku pernah lakukan perkara yang sama semasa aku menghadiri sesi konvokesyen di UTM dulu.

Oh ya, kat Jusco Equine ada potongan harga 50% beb. Suit dengan harga RM199 boleh dapat RM100 je. Silalah datang beramai-ramai. Ada JCard boleh dapat parking free tau...!!! Datang jangan tak datang!

Masa berlalu dan mencemburui kami. Memang masa ni tak habis-habis dengan sikap cemburu butanya. Cemburu buta tak baik tau! Spec hitam sudah kami intai-intai tapi suit Kumar masih belum diperoleh. Kebetulan semalam merupakan hari KDN datang melawat. Kumar memberitahu yang dia terlihat Faizul memakai suit hitam semasa kedatangan KDN semalam. Hmm, aku dah tahu apa yang tersirat di fikiran Kumar. Nak pinjam lah tu? Sekilas ikan di air, aku tahu mana yang gatal nak berbini. Mesti ikan tu miang. Eh kejap, tapi apa kena-mengena ikan miang tu dengan Kumar?

Takpe, kita teruskan dengan jalan cerita sebenar. Kumar bercadang untuk meminjam suit Faizul. Aku minta dia tanya dulu pada Faizul, takut-takutlah kalau Faizul nak guna malam tu nanti. Tapi aku menyokongnya sebab hanya itu pilihan yang ada pada waktu sesingkat ni. We have no choice, man. Do we?

Dengan perasaan yang amat berat, aku menemani Kumar ke department Faizul. Kerana Kumar, terpaksalah tebalkan muka. Kami turun ikut lif. Nak turun tangga, takut penat. Aku macam tak yakin je Kumar akan berani bertanya hal ini.

Pada masa ini ramai yang berada di department itu. Kumar keluar dari lif dengan tersengih-sengih. Mukanya agak pucat. Segan kot. Pada masa tu Faizul agak sibuk melayani panggilan telefon. Tension juga aku. Habis satu panggilan, dia buat panggilan lain pula. Rasa nak cabut je wayar telefon tu.

‘Come on Kumar. You can do it!’ aku berbisiklah konon-kononnyer.

Sambil menunggu di sisi Faizul yang melayani panggilan, Kumar tersengih. Aku yang melihat gelagat Kumar cuma mampu senyum menahan gelak.

“Hah, apasal?” tanya Faizul. Kumar masih tersengih.

“Bang, ada benda nak cakap kat Abang. Tapi agak peribadi sikit.”, kata Kumar pada Faizul. Semua mata yang ada di situ tertumpu pada Kumar dengan tanggapan serius. Aku dah mula geli hati dengan cara Kumar meminta. Dahi Faizul dah berkerut, serius bunyinya. Kebetulan, aku dan Kumar baru sahaja dipanggil menghadap Choong berkaitan isu MyKad.

“Ni mesti ada apa-apa ni. Kau hilangkan MyKad production ker?” tuduh Faizul sambil tersenyum. “Jom ikut aku, kita pergi bilik mesyuarat.”

Aku dan Kumar masuk ke bilik mesyuarat bersama Faizul. Mata setiap seorang mengekori kami. Kumar tak habis-habis lagi dengan sengihannya. Yang lain masih tertumpu kepada kami. Aku boleh nampak, ada tanda soal di atas kepala mereka.

“Hah, ada apa?” Faizul bertanya seolah-olah ada perkara yang serius. Namun begitu masih ada balasan senyuman pada Kumar. Faizul pun macam tak sabar nak tahu apa masalahnya.

Faizul hampir menutup pintu bilik mesyuarat itu kerana tidak mahu perbualan kami didengari. Tidak sabar Faizul mahu tahu apa yang begitu serius sangat dengan ‘perkara peribadi’ yang ingin Kumar katakan.

Kumar tersengih lagi melihat Faizul. Mata Faizul pula memandang Kumar sambil menjeling ke arah aku.

Dengan selamba, Kumar terus bersuara, “Bang, boleh pinjam abang punya suit ker?”

Faizul tak jadi menutup pintu. Aku lihat wajahnya terkejut sambil ketawa kerana tak sangka soalan itu rupanya yang akan keluar di mulut Kumar. Aku yang dari tadi menahan gelak dah tak mampu nak tahan. Aku dah berdekah-dekah ketawa. Kumar juga ketawa malu sambil menunggu jawapan Faizul.

Tanpa banyak soal, Faizul yang masih tertawa terus membuka pintu bilik mesyuarat lalu keluar meninggalkan Kumar tanpa kata. Aku pula menunggu apa yang akan berlaku. Faizul marahkah? Tapi dia senyum-senyum.

Melihat Faizul bergerak ke arah mejanya, Kumar secara perlahan bergerak.

“Aku ingatkan ada apa tadi?” kata Faizul yang masih tersenyum. Faizul melepaskan suit hitamnya yang tersangkut di kerusi lalu memberi Kumar.

Semua yang melihat kami tadi ketawa kerana sudah mula tahu apa yang Kumar mahukan. Kelakuan Kumar cukup menggelikan hati semua orang yang ada di situ.

“Ha, ni mesti nak pakai untuk dinner ni?” tegur CY Chew tiba-tiba. “Nak jadi Men In Black ya?”

Mereka yang lain turut ketawa. Aku turut tak melepaskan ketawa pada Kumar kerana cara Kumar yang agak kelakar itu.

“Kumar, Kumar....” keluh Faizul sambil tersenyum. Aku turut menggeleng.

Tanpa berlengah, aku dan Kumar terus memasuki lif untuk beredar. Malu kami berdua sebab mereka dah tahu plan kami untuk hari esok. Tak sangka juga aku, Faizul begitu bermurah hati untuk meminjamkan suit hitamnya tanpa banyak soal. Syukurlah juga kerana apa yang kami rancangkan berjaya walaupun beginilah keadaan untuk mendapatkannya. Aku dan Kumar terus ketawa lagi hingga ke makmal. Tiada siapa yang kami beritahu.

Wah, rancangan mula-mula aku dulu dah berjaya. Walaupun aku tak jadi Jason, aku bersyukur sebab aku tak perlu lagi marahkan budak-budak pasal keropok belon. Aku juga tak perlu bawa balik akhbar The Sun dari IRIS. Aku tak perlu koyakkan kemeja-T lama aku, masih boleh digunakan untuk main futsal. Yang perlu aku buat cumalah Tag ID ‘MIB Agent A’ dan ‘MIB Agen K’.

Akhirnya segalanya berjalan lancar. Malam Blockbuster IRIS meriah dengan suasana movie. Walaupun kami tahu pakaian kami tidak boleh memenangi apa-apa, cukuplah sekadar kami datang dengan memenuhi tema. Semua kelihatan cantik tak lupa juga yang kelihatan buruk. Yang cantik ni kebanyakkannya wanita-wanita yang datang dengan pakaian biasa serta mereka-mereka yang datang dengan kostum watak-watak filem wanita baik. Yang buruk ni sebab watak filem asal memang kelihatan buruk dan mereka datang dengan membawa watak dengan berkesan.

Terima kasih warga IRIS. Terima kasih kepada penganjur. Terima kasih juga pada Faizul.

Maafkan kami sebab kena balik awal. Tak dapat nak join Dance Party. Emak tak bagi balik lewat-lewat malam. Takut balik ni kang Abah dah sedia tunggu kat depan pintu dengan rotan panjang.

Terima kasih warga IRIS.

5 Komen:

Unknown said...

gile panjang....

HaNa NyoTa uHArA said...

yang ayat terakhir tu kiut arr.."Emak tak bagi pulang lewat......" hahhahhhaa ingat kat awak stay lama..rupanyaa dua kali lima..

Azmir said...

Maafkan aku kalau tingkahlaku ku mengguris hatimu. Kadangkala dlm kita bergurau keterlanjuran kata mengatasi keikhlasan hati. MAAFKAN AKU KAWANKU.........BUEEEEKKKKKKKKK

Anonymous said...

Azmir poyooooo.....

Ms Azz said...

eemm...best la entry awk...suke sgt...
teruskn eh....sy akn slalu jengok2 blog awk ni.....!! daaa~~~